Advertisement
ak47suk1

business vs pseudobusiness

Feb 26th, 2017
196
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 5.41 KB | None | 0 0
  1.  
  2. Org Malaysia kena faham kalau company dorang ni high performance, dah lama tersenarai dlm Bursa Malaysia. Sbb bila tersenarai Bursa Malaysia, saham-saham company diniagakan, lagi senang dpt duit dari org awam drp secondary market. Kalau tak boleh issue je another IPO atau bond/sukuk utk fundraising. Kalau buat IPO maka berebutlah analyst/researcher nak komen ok ke tak beli saham dorang ni. Kalau bond/sukuk Rating Agency Malaysia pulak akan bagi credit worthiness kat dorang.
  3.  
  4. Tapi kenapa semua ni takda sedangkan dorang canang dorang untung juta-juta?
  5.  
  6. Sbb dorang bukan buat bisnes betul pun. Apa jenis financial reporting pun tak ada. Income statement mana? Balance sheet? Cash flow? Changes of equity? Mana semua tu? Dgn tgk benda ni public boleh buat financial ratio berjaya ke tak. Yang paling pelik kata company, Article of Association mana? Tak nampak pun struktur organisasi. Sapa pengarah? Berapa ekuiti dorang? Apa dasar syarikat?
  7.  
  8. Kedai runcit depan rumah pun ada buku simpan kira & penyata untung rugi tau..
  9.  
  10.  
  11. betul dia ada dokumen. tapi balik kpd tajuk asal, dorang meniaga apa? dari segi investment return pulak mcm mana bleh dpt calculation camtu? kalau company yg legit kalau untung RM10 juta bukan setiap equity ownership dpt RM10juta. kena tolak retained earnings ke apa baru kira Earning per Share. Itu baru betul pulangan modal dari meniaga. adohai.. kalau jenis malas berfikir mmg kena laa..
  12.  
  13.  
  14. hahaha sarcasm betoi ni.. Saya jarang nak komen kat PW ni tapi for this time around someone has to speak up. Admin PW hanya boleh highlight tapi tak explain struktur dan mekanisme pelaburan yg sebenar. Maybe kurang man power kot.. Hehehehe takpa. They are working on it I believe. So i help them to identify the legit investment portfolio.
  15.  
  16. Anyhow anyway, dlm Malaysia ni kalau nak kutip duit drp org awam mcm bank/insurance companies kena ada lesen dikeluarkan BNM. kalau nak nasihat org pasal pelaburan kena ada lesen oleh Securities Commission Malaysia. Kenapa? Sebab nak nasihat org dlm hal duit, kalau org tu inject sepuluh ringgit takpe gak, ini org tu invest 10 juta, kalau hilang/rugi mcm mana? Yg tukang nasihat pun takde tauliah, tak mahir risiko pelaburan.
  17.  
  18. BNM & SC diberikan kuasa penuh oleh kerajaan melalui peruntukan undang-undang; Financial Services Act 2013 & Capital Market Services Act 2007. Akta ni diluluskan utk mengekang manipulasi kewangan dan pelaburan palsu. Agen/broker yg berlesen spt remisier/dealer akan diwajibkan oleh undang-undang utk menerangkan secara terperinci dan telus tentang risiko pelaburan. Bukan explain untung semata-mata. Customer/client kena faham dgn cara apa dorang boleh rugi bila buat pelaburan tu. Org yg berakal takkan tanya berapa untung, tapi dia tanya apa kemungkinan boleh rugi? Dari situ dia boleh formulate investment strategy dia dan buat keputusan pelaburan mcm mana yg dia nak. Dlm bahasa akademik dipanggil risk-return trade off. Theoretically speaking high risk high return. Tapi high risk investment tu kena controllable, calculated and explainable. Dlm layman term; maksudnya kalau labur RM10,000, org tu sanggup utk rugi RM10,000 kalau pelaburan tak menjadi in case financial crisis, ataupun company kena liquidation atau delisted drp Bursa Malaysia whatsoever. Tapi MLM & pelaburan palsu tak explain bab ni. Pelaburan emas pun ramai penjual/distributor tak explain harga emas sebenarnya sensitif dgn economic data. Yg dorang canang cuma harga emas akan naik 10x ganda dlm 10 tahun. Rugi tak beli sekarang kata mereka. Naaa.. jgn tertipu..
  19.  
  20. Mcm admin Pseudoscience Watch explain perubatan alternatif yg dikatakan boleh merawat berbagai penyakit dgn lebih baik dan alami berbanding ubatan moden tapi masalahnya tiada kawalan & pantauan dari org yg bertauliah iaitu doktor perubatan, dan dosage yg betul. Kita taktau ubat tu serasi ke tak dgn manusia sbb tak pernah ada clinical test. So result dia tak typical sbb takde empirical evidence.
  21.  
  22. Sama la mcm investment. Nak bagi nasihat pelaburan kena ada lesen dan licensed person tu kena buat risk profiling yg sesuai dgn customer. Takkan pakcik yg dah retire, yg baru keluarkan duit EPF dia RM2 juta tu kita nak suruh masuk high risk investment? He is too old to bear the risk of losing all the money he saved.
  23.  
  24. Setiap org yg ada lesen nasihat pelaburan akan ada nombor siri lesen Capital Market Services Representatives Licence (CMSRL) yg boleh disemak di page Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Nombor siri bermula dgn CMSRL/(tahun dilesenkan/nombor siri pemegang lesen beserta brokerage firm/investment advisory firm pelesen tersebut.
  25.  
  26. Contoh: CMSRL/2017/A1234 (RHB Investment Bank)
  27.  
  28. Kalau nama org tu takde dlm list takde lesen la tu.
  29.  
  30. Be vigilant and extra careful when dealing with monies., folks!
  31.  
  32.  
  33. Dividen harian takde. kalau nak buat agihan dividen tahun semasa tu dipanggil interim dividen. Benda tu akan affect retained earnings dlm income statement dan kena ada adjustment entries dlm balance sheet. Earning per share (EPS) pun berkurang sbb company tak sabar nak bagi habuan untung. kahkahkah!
  34.  
  35. Tapi company boleh bagi cara lain utk reward shareholder; bonus issue atau right issue. Masalahnya kalau buat mcm ni harga share tu akan susut sbb number of shares outstanding bertambah.
  36.  
  37. Contoh sebelum announce right/bonus issue, net income RM10, share outstanding 10 unit. Lps buat bonus/right issue share outstanding jadi 15 unit. So yg mana lagi untung? 10 unit saham share RM10 untung atau 15 unit saham share RM10 tu?
  38.  
  39. As an investor kena ada knowledge mcm tu.
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement