Advertisement
ak47suk1

Sia² PKP sebulan

Apr 13th, 2020
78
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.43 KB | None | 0 0
  1. Bismillah,
  2. Sia² PKP sebulan, progresnya sekadar maintain supaya kes tidak meningkat mendadak. Aku fikir, lambat laun akan berjaya juga, tapi cukup perlahan dan wajib dibayar dengan harga yang tinggi. Banyak yang perlu dikorbankan.
  3. Aku kerap baca apa yang dikatakan oleh admin, kemudian saranan² Dr. Musa dan kalau itupun masih tidak difahami, entahlah, karat apa yang menebal sangat di otak diorang. Jangan karat semulajadi, sudahlah. Kalau karat semulajadi, ditambah dengan ego, angkuh lagi bongkak, memang macam tu jelah, menyusahkan tak habis², minta orang² berkorban tak habis², dalam keadaan diorang tidak terasa kesannya secara langsung seperti rakyat bawahan.
  4. Kalau perkara simple tidak dapat difikir secara individu, boleh difikir melalui sumbangsaran secara berjemaah, kalau tidak mampu juga hadir dalam akal fikiran diorang, boleh saja mencontohi apa yang baik daripada orang luar. Hanya saja jangan ego, jangan angkuh, jangan merasa terbaik tidak bertempat.
  5. Kalaulah PKP pertama selama 2 minggu itu, berhabis²an menjejak kluster² yang telah disahkan mempunyai kontek rapat dengan pembawa virus dengan mengerahkan seluruh kepakaran dan tenaga, rasanya rakyat tidak perlu menghadapi PKP yang berlanjutan bahkan diperketatkan lagi.
  6. Gunakan tenaga pihak penguatkuasa mengawal sempadan dan airport. Gunakan polis dan tentera untuk membawa individu² yang dikehendaki untuk kuarantin. Gunakan segala data dan statistik untuk mengesan. Sediakan tempat khas untuk kuarantin.sehinggalah tidak ada lagi individu² yang berkait dengan Covid19 berada di kalangan awam. Tinggal yang bersih sahaja di luar.
  7. Kalau selepas 2 minggu masih ada sisa² yang belum terjejak, boleh sambung lagi selama 1-2 minggu untuk mengesan saki baki dan di bawa ke pusat kuarantin khas. Rasanya, selepas itu, rakyat bebas berada di luar tanpa risau dengan orang² yang berada di sekeliling mereka.
  8. Pusat kuarantin khas memastikan usaha melawan wabak akan lebih berfokus, berpusat, pengggunaan tenaga yang optimum dan lebih efisien. Mengurangkan masalah² lain yang timbul dan menyibukkan seperti penggunaan kos² yang lebih besar, tangkapan, denda, penjara dan sekian macam masalah yang kita dengar, termasuklah rakyat² yang kesempitan di sana sini akibat PKP.
  9. So, lockdown sekarang ini, yang sepatutnya memfokus kepada kesibukan usaha memutuskan rangkaian Covid19, namun yang ketaranya ialah kesibukan² dengan bantuan², rakyat kesempitan, ekonomi terjejas, sambil² disibukkan pula dengan aksi² dan lawak² politik. Masalah menambah masalah! Macam main²lah pulak.
  10. Aku cukup terkesan dengan kata² Dr. Musa: Di Amerika, buat self-quarantine di rumah 3 tingkat, si pembawa mengkuarantin diri di tingkat 3, namun akhirnya 4 daripada 7 ahli keluarga meninggal juga. Kes yangmsama berlaku di Italy, habis 4 orang sekeluarga. Masih ingat kes pegawai RHB yang balik dari luar negara, akibatnya 4 ahli sekeluarga di Sarawak tak pasal² meninggal! Persoalannya, bagaimana dia yang balik dari luar negara boleh terlepas pandang?
  11. P/S - Kita sekarang sedang berada di dalam suasana yang penuh dengan sentimen emosi syahdu, doa² yang syahdu, pesanan² yang syahdu, segala²nya syahdu. SENANG SUNGGUH MENAKLUK PEMIKIRAN RAKYATKAN? TERUTAMANYA MELAYU! Just do a simple thing which touch their feelings, yes, its work! Bahana banyak layan drama² emosi penuh khayalan dan fantasi jauh dari realiti. Itulah jadinya. Salah satu ubat mujarab, dos untuk buat orang² mudah lupa.
  12. Mahathir kata: MELAYU MUDAH LUPA!
  13. Wallahu 'alam.
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement