SHARE
TWEET

bukan semua ubat sesuai dengan semua org

ak47suk1 Jun 28th, 2016 (edited) 65 Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
  1. Betul tu. Bukan semua ubat sesuai utk semua orang.
  2.  
  3. Contoh ubat yang notorious, carbamazepine. Kita beri utk penghidap sawan. Carbamazepine is responsible for multitude of drug allergy disorders, termasuklah penyakit2 seperti steven-johnson syndrome dan toxic epidermal necrolysis.
  4.  
  5. Masalahnya, apabila seseorang menghidap sawan, dia perlu dimulakan dengan ubat anti-sawan supaya tidak membahayakan diri dan orang sekeliling- kerana sawan yang tidak dikawal boleh berlaku bila2 masa sahaja dan di mana2 sahaja.
  6.  
  7. Tetapi bagaimana kita nak tahu pesakit sesuai atau tidak dengan ubat ini? Jawapannya- kita hanya tahu apabila kita beri pesakit ubat berkenaan.
  8.  
  9. Ada satu cara lagi- buat skin prick test. Tetapi indikasi skin prick test bukanlah utk test semua ubat, sebaliknya test hanya apabila pesakit disyaki mengalami alahan kepada sesuatu ubat (atau makanan, boleh juga)
  10.  
  11. Masalah dengan skin prick test ni pula, andai seseorang itu ada alahan kepada ubat tersebut, tak kiralah dos banyak atau setitis kecil, dia akan tetap dapat reaksi yang sama. Kalau ruam, dapat ruamlah. Kalau anaphylaxis, anaphylaxis lah. Kerana itu drug prick test perlu dilakukan di fasiliti yang mempunyai kelengkapan utk resusitasi pesakit.
  12.  
  13. Sekiranya anda suggest skin prick test utk bayi supaya tahu kesesuaian vaksin, anda perlu tengok sendiri bagaimana ia dilakukan. Bahan2 yang mahu diuji akan diletakkan pada kulit dan dicucuk ke dalam kulit. Eh, bunyi macam bagi vaksin juga, tak gitu? Jadi adakah berbaloi cucuk dua kali, sekali utk test alergi, kemudian bila alergi tak ada cucuk lagi sekali vaksin?
  14.  
  15. Alamat makin sikit lah orang ambik vaksin. Nak datang sebulan sekali pun payah, ni pulak nak tambah lagi satu appointment 'drug allergy testing' Cadangan yang sangat tak praktikal. Dan bahan yang sama juga akan dicucuk semasa test tersebut, jadi baik cucuk terus tak gitu?
  16.  
  17. Dan apa yang mahu diuji? Bahan utk satu vaksin saja dah bermacam2. Nak uji, kena uji satu2 ingredient. Basically, kalau nak uji anda kena cucuk si anak berkali ganda lebih banyak drpd cucuk vaksin itu sendiri! Anak nangis cucuk satu jarum pun ada kata AEFI, kalau kena cucuk berbelas jarum taktau la depa nak kata apa pulak kan?
  18.  
  19. Ada yang kata, buatlah ujian DNA. Betul, DNA boleh tentukan SESETENGAH alahan pada ubat. Contoh carbamazepine di atas. Sudah mula ada usaha utk dapatkan ujian DNA sebelum mulakan kepada pesakit sawan. Tetapi, ujian ini 1. Sangat mahal 2. Sangat lambat- tak sempat dapat keputusan anak2 dah terdedah kat penyakit2 yang boleh dicegah oleh vaksin. Virus measles dan diptheria tak tunggu keputusan ujian baru nak infect anak2 kita 3. Tak boleh digunakan utk kesan alahan utk semua ubat.
  20.  
  21. Saya amat kagum dengan puak antivaksin. Mereka demand itu ini, seolah2 para saintis dan petugas kesihatan goyang kaki dan tak pernah berusaha ke arah memajukan taraf kesihatan rakyat. Andai ada alternatif, sudah pasti kita lakukan. Menuntut macam2 tetapi diri sendiri tiada alternatif atau idea untuk menyumbangkan apa2 ke arah itu- ah, hanya anak kecil yang masih belum matang akalnya saja layak dimaafkan kerana berperangai sebegitu
RAW Paste Data
We use cookies for various purposes including analytics. By continuing to use Pastebin, you agree to our use of cookies as described in the Cookies Policy. OK, I Understand
Not a member of Pastebin yet?
Sign Up, it unlocks many cool features!
 
Top