Advertisement
ak47suk1

Dalil zikr Allah Allah

May 7th, 2016
131
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.73 KB | None | 0 0
  1. 1. Di antara fatwa Imam Ibn Taimiyyah رحمه الله تعالى dan kemudian diikuti oleh muridnya Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah رحمه الله تعالى yang menjadi ikutan Wahhabi ialah pada masalah berzikir dengan isim mufrad seperti Allah!Allah! dan seumpamanya. Rujuk kitab beliau di bawah yang menyatakan bid'ah.
  2.  
  3. 2. Ternyata pandangan Ibn Taimiyyah ini bersalahan dengan hadith yang sahih sepertimana riwayat Imam Muslim رحمه الله تعالى di mana Nabi صلى الله عليه وسلم menyatakan dengan barakah zikir Allah! Allah! tidak akan berlaku kiamat sehingga tidak ada lagi yang menyebut Allah! Allah!
  4.  
  5. 3. Guru kami mantan mufti besar Mesir, Prof Dr Ali Juma'ah حفظه الله ورعاه pernah menjawab persoalan ini apabila ditanya oleh golongan Wahhabi dengan tiga hujjah ;
  6.  
  7. i) Dalil daripada Al-Quran ;
  8.  
  9. Beliau membawa satu kisah di mana pada peringkat awal Sheikh Izuddin Abdissalam رحمه الله تعالى yang bergelar Sultanul Ulama' memfatwakan tiada dalil berzikir dengan lafaz Allah! Allah! atau ismul mufrad sehinggalah beliau menemui Imam Abu Hassan al-Syazili رحمه الله تعالى , mursyid thoriqah syaziliyyah.
  10.  
  11. Imam Abu Hassan al-Syazili membaca ayat Al-Quran seperti berikut ;
  12.  
  13. وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ بُكْرَةً وَأَصِيلًا
  14.  
  15. Dan berzikirlah/sebutlah nama Tuhan kamu pada waktu pagi dan petang (al-Insan : 25)
  16.  
  17. Kemudian Imam Abu Hassan al-Syazili bertanya kepada Sheikh Izuddin Abdissalam. "Apa nama Tuhan kamu?" maka jawab Sheikh Izuddin "Allah". Lantas tahulah beliau bahawa berzikir dengan nama Allah sebenarnya perintah Allah dan terdapat dalil daripada Al-Quran.
  18.  
  19. ii) Dalil daripada hadith Nabi ;
  20.  
  21. Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم ;
  22.  
  23. لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ
  24.  
  25. Tidak akan berlakunya qiamat sehingga tidak ada lagi yang menyebut di dunia Allah! Allah! [Riwayat Muslim]
  26.  
  27. iii) Perbuatan Sahabat Nabi iaitu ketikamana Sayyiduna Bilal Bin Rabah رضي الله عنه diseksa dan diletakkan batu di atas dada beliau perkataan yang disebut beliau ialah Ahad! Ahad! Ahad! Ahad! (Ahad ialah nama Allah dan ia ismul mufrad) dan diberikan kemuliaan kepada Sayyiduna Bilal di atas keteguhan beliau dengan menyebut kalimah ini.
  28.  
  29. 4. Ternyata dengan 3 dalil ini yang terang lagi bersuluh masih tidak dapat diterima oleh golongan Wahhabi sehingga ke hari ini. Mereka tetap di atas pandangan Ibn Taimiyyah. Begitulah nyatanya Wahhabi memaksumkan kalam Ibn Taimiyyah dan muridnya sekalipun bercanggah dengan Al-Quran, Al-Hadith dan perbuatan sahabat.
  30.  
  31. 5. Ini membuktikan apa yang dibid'ahkan oleh Wahhabi tidak semestinya tidak ada dalil di dalam agama. Itu kerana kejahilan dan kenaifan mereka di dalam memahami dalil agama daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Bahkan mereka melampaui batas agama membid'ahkan sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم. Selayaknya merekalah yang digelar sebagai ahlul bid'ah kerana membawa sesuatu pandangan baru yang menyalahi kefahaman Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak, Qias dan prinsip ilmu para ulama' Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah.
  32.  
  33. 6. Kaedah ilmu menyebut ;
  34.  
  35. عدم العلم بالدليل ليس علماً بالعدم
  36.  
  37. "Tidak mengetahui dalil bukan bermakna tidak ada dalil".
  38.  
  39. 7. Sedarlah diri sebelum kita mempertikai dalil para ulama'. Jika sebesar Imam Ibn Taimiyyah dan Sheikh Izuddin Abdissalam رحمهم الله pernah berfatwa ia tiada dalil dan ternyata kemudian ada dalil daripada Al-Quran, Al-Sunnah dan perbuatan para sahabat, bagaimana kita merasakan kita lebih memahami agama lebih daripada mereka?
  40.  
  41. Coretan asal ;
  42. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  43. Universiti Al-Azhar Mesir
  44. Sabtu, 7 Mei 2016
  45. Kota Bharu Kelantan.
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement