Advertisement
ak47suk1

berlapang dada

Feb 15th, 2016
118
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 1.85 KB | None | 0 0
  1. 1] Mufti yang selama ini mempertikaikan amalan umat Islam Malaysia yang bermazhab syafie bahkan mengsyirikkan selawat syifa' mengajak untuk berlapang dada. Selawat syifa' diamalkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Rahimahullahu Ta'ala, Dr Wahbah al-Zuhaili Rahimahullahu Ta'ala dan ramai lagi para ulama' lain. Secara tidak langsung dia telah mengkafirkan mereka yang beramal dengan selawat ini.
  2.  
  3. [2] Buang tebiat ke apa? Berlapang dada ketikamana nak orang terima pandangan kita. Ketikamana kita mempertikaikan pegangan orang lain tidak pulak kita sebut berlapang dada?
  4.  
  5. [3] Wahhabi ni ibarat pencuri yang masuk dan buat kacau rumah kita. Bila kita angkat parang untuk pertahankan diri mereka marah dengan kita sebab kononnya nak bunuh dia.
  6.  
  7. [4] Kalau dari awal Wahhabi berlapang dada mereka tidak akan pertikai pandangan orang lain dan pegangan mazhab rakyat Malaysia. Itu baru orang panggil berlapang dada.
  8.  
  9. [5] Dulu mereka kata jangan pergi Mekah buat haji sebab Mekah Wahhabi. Ni saya nak jawab dengan mufti dan macai-macai dia, minta tolong keluar dari Malaysia dulu sebelum nak suruh orang jangan pergi Mekah kerana negara kita bermazhab syafie dan akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah bukan Wahhabi.
  10.  
  11. [6] Kita pergi Mekah pun takde nak paksa mereka ikut Mazhab kita bahkan kita diajar menghormati mazhab sesebuah negara lain. Tapi Wahhabi Malaysia ni tak reti nak hormat mazhab rasmi negara kita. Jadi mereka lebih utama untuk keluar daripada Malaysia.
  12.  
  13. [7] Kalau Wahhabi cakap berlapang dada tak payah nak percaya sangat. Itu hanya retorik kerana hakikatnya mereka yang memulakan pertikaian pandangan mazhab dan pegangan rakyat Malaysia. Sebelum nak suruh orang berlapang dada pastikan kita berlapang dada terlebih dahulu. Cermin tu jangan pandai hadap kat muka orang, sekali sekala pusing hadap muka sendiri..
  14.  
  15. Sekian dimaklumkan..
  16. 😁
  17.  
  18. Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement