Advertisement
ak47suk1

AKIDAH SALAF DAN KHALAF : ALLAH MAUJUD TANPA BERTEMPAT

Feb 18th, 2016
102
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.43 KB | None | 0 0
  1. {AKIDAH SALAF DAN KHALAF : ALLAH MAUJUD TANPA BERTEMPAT}
  2.  
  3. [1] Pada dua posting lepas, saya sudah datangkan dalil-dalil daripada Al-Quran yang membenarkan akidah Allah Ta'ala wujud tanpa bertempat. Saya juga bawakan perkataan salaf yang secara jelas menafikan tempat dan arah bagi Allah.
  4.  
  5. [2] Saya lihat ada Wahhabi yang tidak setuju. Daripada komentar dan hujjah mereka, saya melihat ada beberapa pegangan akidah mereka ;
  6.  
  7. 1. Allah di langit
  8. 2. Allah tidak bertempat tapi di langit.
  9. 3. Allah bertempat di arash dan di langit.
  10. 4. Allah berada di arash iaitu di arah atas.
  11. 5. Allah tinggi di langit.
  12. 6. Keberadaan Allah di langit dan di arash.
  13.  
  14. [3] Ini 6 versi akidah Wahhabi yang saya sempat kutip sepanjang diskusi isu ini. Saya tidak faham mengapa banyak sangat versi akidah mereka. Sebenarnya Wahhabi ni mengatakan Allah bertempat atau tidak? Itu je sebenarnya isunya. Kerana akidah kami ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah jelas (ahkam) Allah wujud tanpa tempat kerana tempat di langit atau di arash semuanya mustahil atas Allah sepertimana sekian dalil Al-Quran yang saya nyatakan di posting sebelum ini.
  15.  
  16. [4] Saya perlukan satu jawapan sahaja daripada Wahhabi samada Allah bertempat atau tidak pada akidah mereka? Jika kalian mengatakan Allah tidak bertempat maka kalian menyalahi akidah Sheikh Uthaimin yang mengatakan bagi Allah tempat dan jika sebaliknya mengatakan Allah bertempat maka kalian menyalahi akidah Sheikh Al-Albani yang mengatakan tidak ada ayat dan hadith yang menyebut tempat bagi Allah.
  17.  
  18. [5] Jika di lihat daripada 6 versi akidah yang keluar daripada perkataan mereka ini menunjukkan bukti yang jelas bahawa ayat itu mutasyabihah kerana samar-samar atau tidak jelas difahami hatta oleh mereka sendiri. Jika jelas sudah pasti ada satu sahaja kefahaman samada Allah bertempat atau tidak.
  19.  
  20. [6] Tuan-Tuan, Salaf tidak mengatakan Allah bertempat. Tidak ada satupun perkataan salaf yang menyebut bagi Allah "tempat" di langit atau di arasy. Adapun perkataan salaf menyebut على العرش atau في السماء ialah mengikut lafaz asal Al-Quran dan As-Sunnah.
  21.  
  22. [7] Jika mereka memahami ayat di atas bertempat maka mereka akan terjebak di dalam takwil kerana keduanya tidak menyebut dengan perkataan tempat (مكان) walaupun mereka kata kami tidak takwil. Takwilah tu bila kata tempat sedangkan ayat hanya sebut "di langit" dan "di arash" bukan "bertempat di langit" atau "bertempat di arash".
  23.  
  24. [8] Jika mereka mengatakan Allah tidak bertempat maka akidah mereka sama dengan akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah yang mengatakan Allah maujud tanpa bertempat (الله موجود بلا مكان) tinggal lagi mereka akan kata "Allah di langit tetapi tidak bertempat".
  25.  
  26. [9] Jika ini akidah mereka maka ia masih menempatkan Allah. Sebab itu mereka gunakan perkataan "tetapi" untuk menafikan tempat. Ini bercanggah (تناقض) kerana nafi Allah bertempat dalam masa yang sama isbat Allah di langit (tempat). Sebagai contoh kita katakan "Ayah tiada di rumah tetapi dia ada". Mana boleh ada dan tiada pada satu masa yang sama?. Begitu juga menafikan tempat dan menetapkan tempat dalam satu masa. Ini mustahil aqli.
  27.  
  28. [10] Maka terang lagi bersuluh akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah mengatakan Allah tidak bertempat di langit atau di arash atau di mana-mana kerana Allah Maha Kaya yang tidak berhajat kepada sesuatupun daripada makhlukNya.
  29.  
  30. Tulisan asal bukan copy paste,
  31.  
  32. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  33. BA (Hons) Usuluddin Akidah dan Falsafah
  34. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement