SHARE
TWEET

mercury dan formaldehyde

ak47suk1 Jul 25th, 2016 (edited) 67 Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
  1. Sebab tu seronok belajar sains. Hebat2 ciptaan Allah.
  2.  
  3. Chlorine, kalau sebut chlorin sahaja (gas chlorine), dah jadi gas beracun yang membunuh.
  4.  
  5. Kalau chlorine jadi Sodium Hypochloride, itu dah kita panggil Clorox. Guna untuk basuh baju.
  6.  
  7. Ubah sikit je...biar jadi sodium chloride pula. Dah jadi garam memasak yang kita makan hari-hari.
  8.  
  9. Perbezaan hanya satu dua atom sudah membawa perubahan besar kepada sesuatu bahan dan ciri2 kimianya.
  10.  
  11. Begitulah juga dengan mercury.
  12.  
  13. Mercury pure mcm dalam kes ini, sangat toksik.
  14.  
  15. Ubah sikit jadi methylmercury, ia jadi larut air dan boleh menyebabkan penyakit pada badan.
  16.  
  17. Ubah sikit je lagi jadi ethylmercury (buang huruf M je), ia dah jadi lebih selamat kerana ia lebih cepat dikeluarkan dari badan. Bahan "thiomersal" yang ada dalam vaksin, adalah metabolized into ethylmercury yang ni lah.
  18.  
  19. Sebab tu seronok, belajar sains. Kita boleh detect geng antivaks cuba kelentong. Diorang cuba samakan mercury dalam vaksin, dengan mercury dalam termometer. Ada yang siap kononnya kata kalau vial vaksin pecah, doktor misi semua lari keluar dari bilik. Pembohong semua tu. Akibat banyak tengok movie kot.
  20.  
  21. Menariknya yang tak boleh blah, tu
  22.  
  23. Bila kita cerita bab formaldehyde, lain pulak diorang spin.
  24.  
  25. Kita bagitau dah, formaldehyde tu ada di merata-rata, dalam badan kita ada formaldehyde, dalam buah-buahan ada formaldehyde.
  26.  
  27. Boleh pulak diorang kata "mana sama formaldehyde ciptaan Allah dalam buah atau badan, dengan formaldehyde ciptaan manusia dalam vaksin!"
  28.  
  29. Saya menepuk dahi. Kita suruh diorang google dan lukiskan balik, formula antara formaldehyde "ciptaan Allah", dengan "ciptaan manusia". Ada beza tak? Terus senyap.
  30.  
  31. Adoi la, melihat telatah golongan yang cuba mengelirukan orang lain ini, adakalanya menghiburkan.
  32.  
  33. Point nya,
  34.  
  35. Jom kita belajar sains dengan betul. Tak perlu belajar banyak2 sampai boleh intepret jurnal pun. Cukup untuk kita belajar dari ASAS, dan jadikan habit merujuk kepada orang yang lebih tahu.
  36.  
  37. Tahniah kepada tuan tanah atas post yang begitu educational ini.
RAW Paste Data
We use cookies for various purposes including analytics. By continuing to use Pastebin, you agree to our use of cookies as described in the Cookies Policy. OK, I Understand
 
Top