Advertisement
ak47suk1

AKIDAH SALAF DAN KHALAF : ALLAH TIDAK BERTANGAN

Feb 18th, 2016
103
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.95 KB | None | 0 0
  1. {AKIDAH SALAF DAN KHALAF : ALLAH TIDAK BERTANGAN}
  2.  
  3. [1] Wahhabi kata kita tak boleh takwil ayat mutasyabihah kerana Allah menyatakan
  4. {وما يعلم تأويله إلا الله}
  5. mafhumnya : "Dan tidak ada yang mengetahui takwilnya/maknanya kecuali Allah". Kita tak nak bawa khilaf 'athof pada والراسخون tetapi kita nak guna hujjah mereka untuk menjawab mereka.
  6.  
  7. [2] Jelas mereka mengatakan tidak ada yang tahu akan takwil dan makna ayat استوى على العرش atau يد الله فوق أيديهم dan inilah adalah pegangan salaf yang menyerah bulat-bulat (tafwidh) kepada Allah SWT tanpa takwil, ta'thil dan tasybih.
  8.  
  9. i}Takwil : ialah memalingkan seperti makna yadd kepada kuasa.
  10.  
  11. ii} Ta'thil : ialah menafikan sifat secara mutlak seperti muktazilah yang mengatakan Allah tidak bersifat hanya zat. Berkata-kata Allah dengan zat bukan dengan sifat.
  12.  
  13. iii) Tasybih : ialah menyamakan Allah dengan makhluk seperti yadd adalah tangan hakiki atau tangan sama dengan tangan kita.
  14.  
  15. [3] Apa yang pelik, ketikamana Wahhabi mengatakan tidak ada yang mengetahui takwil dan makna selain daripada Allah dalam masa yang sama mereka menetapkan makna yadd ialah tangan dan istawa dengan makna duduk atau menetap di arash secara hakiki bukan majazi.
  16.  
  17. [4] Inilah titik tolak perbezaan akidah Wahhabi dengan salaf yang sebenar. Salaf tidak menetapkan apa-apa makna kepada ayat itu dengan menyerah makna ayat kepada Allah SWT tetapi Wahhabi menetapkan makna yadd adalah tangan dan istiwa dengan makna duduk atau menetap.
  18.  
  19. [5] Kita tidak permasalahkan jika mereka mengatakan secara majazi seperti kata kita "Tangan Allah di atas jemaah" dengan ihtimal "Rahmat Allah bersama jemaah". Apa yang berlaku ialah mereka menetapkan secara hakiki iaitu tangan sungguh cuma mereka kata tangan yang tak sama dengan kita.
  20.  
  21. i) Hakiki : ialah sebenar seperti kita kata "singa di hutan" maksudnya singa sebenar.
  22.  
  23. ii) Majazi : ialah pinjaman seperti kita kata "singa di dalam kelas" maksudnya ialah guru yang garang di dalam kelas".
  24.  
  25. [6] Menetapkan tangan hakiki bercanggah dengan akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah kerana tangan hakiki itu adalah al-jawarih (anggota badan) sekalipun mereka kata tangan lembu tidak sama dengan tangan kita. Tetap juga ia membawa makna anggota badan iaitu al-Jawaarih bezanya hanya pada rupa dan bentuk.
  26.  
  27. [7] Jelas sekali, Akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah Allah tidak bertangan samada kita memilih jalan salaf (tafwidh) atau khalaf (takwil). Kerana tangan ialah anggota badan yang melazimkan Allah berjirim. Maka ini mustahil pada akal dan bercanggah dengan nas yang muhkamah (jelas) ليس كمثله شئ "(Allah) tidak menyerupai sesuatu pun".
  28.  
  29. [8] Wahhabi mengatakan kami memilih jalan salaf kerana ia lebih selamat (أسلم) berbanding khalaf. Kami katakan ya betul lebih selamat kerana salaf tidak menentukan makna bagi perkataan yang tidak jelas. Namun begitu bandingan salaf dengan khalaf bukan di antara lebih selamat dan tidak selamat tetapi bandingan para ulama lebih selamat (أسلم) dan lebih jelas (أحكم).
  30.  
  31. [9] Persoalannya, benarkan Wahhabi yang mendakwa akidah salaf memahami sepertimana yang difahami oleh salaf yang menyerahkan 100% maknanya kepada Allah? Sedangkan mereka menetapkan makna seperti yang saya telah jelaskan tadi.
  32.  
  33. [10] Akidah Islam adalah akidah tanzih samada salaf mahupun khalaf iaitu menyucikan Allah daripada segala sifat-sifat kekurangan yang tidak layak bagi Allah. Inilah hakikat makna tauhid iaitu mengesakan Allah pada zat, sifat dan af'aal. Inilah yang terkandung di dalam makna kalimah tauhid iaitu لا إله إلا الله terkandung dua sifat ketuhanan iaitu ;
  34.  
  35. i) استغناء عنه كل ما سواه " Allah tidak berhajat kepada selainNya"
  36.  
  37. ii) افتقار إليه كل ما سواه "Semua makhluk berhajat kepadaNya.
  38.  
  39. "Fahami syahadah, betuli ma'rifah pasti berjaya dunia dan akhirat".
  40.  
  41. Pejuang akidah tanzih,
  42. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  43. BA (Hons) Usuluddin Akidah dan Falsafah
  44. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement