Not a member of Pastebin yet?
Sign Up,
it unlocks many cool features!
- #Sekiranya Wahhabi berhujjah ini Nabi tak buat. Ini bukan sunnah ini bid'ah. Kita minta dengan mereka definisi sunnah di sisi ulama hadith.
- #Wajib difahami, Sunnah Nabi bukan hanya dikira pada perbuatan Nabi sahaja bahkan perkataan Nabi dan pengakuan Nabi juga dikira sebagai sunnah. Kefahaman songsang ini bukan hanya berlaku kepada Wahhabi junior bahkan kepada Wahhabi senior.
- #Definisi sunnah di sisi ulama hadith (muhaddisin) ialah ;
- ما أضيف إلى النبي صلى الله عليه وسلم من قول وفعل وتقرير وخلق أو خلق
- "Apa yang disandarkan kepada Nabi daripada perkataan, perbuatan, pengakuan, kejadian dan akhlak".
- #Para ulama usuliyyun (usul fiqh) hanya mengambil perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi untuk dijadikan sumber hukum. Adapun fizikal bentuk badan Nabi dan akhlak Nabi tidak dijadikan sumber hukum.
- #Justeru jika sesuatu perkara tidak ada di dalam sunnah fi'liyyah (perbuatan) tidak bermakna ia bid'ah sedangkan ia terdapat di dalam sunnah qauliyyah (perkataan) atau sunnah taqririyyah (pengakuan) Nabi.
- #Sebagai contoh tidak ada perbuatan Nabi mengkhususkan malam jumaat membaca yasin tetapi di sana ada hadith-hadith yang menunjukkan boleh mengkhususkan hari-hari tentu untuk beribadah. Hadith yang menunjukkan kelebihan malam jumaat. Hadith yang menyebut tentang kelebihan majlis zikir, hadith tentang kelebihan membaca Al-Quran, hadith tentang kelebihan surah yasin sebagai jantung Al-Quran. (Rujuk post saya sebelum ini yang didatangkan dalil-dalil bagi setiap yang dinyatakan tadi).
- #Maka kesemua ibadah tersebut thabit daripada sunnah qauliyyah (perkataan) Nabi Shollahu 'Alaihi Wasallam. Oleh sebab itu kita bangkit menjawab apabila Wahhabi membid'ahsesatkan perkara ini kerana ia amalan yang menepati sunnah bukan bid'ah.
- #Akhirnya, Ingat! bid'ah di sisi Wahhabi tidak bermaksud bid'ah di sisi syara'. Ia hanya bid'ah pada pemahaman Wahhabi. Maka menolak Wahhabi bererti menolak kefahaman bid'ah mereka bukan menolak Sunnah Nabi dan kita mempertahankan sunnah Nabi secara keseluruhan qauliyyah, fi'liyyah dan taqririyyah bahkan sunnah akhlak Nabi Shollahu 'Alaihi Wasallam.
- Tolak Wahhabi pertahankan Sunnah!
- Tulisan asal,
- Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
- Usuluddin Akidah dan Falsafah
- Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment