Advertisement
ak47suk1

Sikap Hairi Nonchi

Apr 23rd, 2016
158
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.13 KB | None | 0 0
  1. Sikap Hairi Nonchi Wahhabi bila gagal bawa dalil untuk membantai kaedah dan disiplin ilmu, dia akan memberikan alasan dan berdalih seperti berikut ;
  2.  
  3. 1. Tidak menjawab hujjah yang diberikan tetapi sekadar mengatakan hujjah lawan lari dari konteks. Ia ibarat seperti apabila melihat ada sesuatu bergerak-gerak disebalik pokok Hairi Nonchi kata "itu gajah". Maka saya kata itu burung. Kata Hairi Nonchi "Bukan burung, gajah tu. Aku yakin 200%". Kemudian apabila disergah burung terbang daripada tempat tadi. Saya kata "kan aku dah kata burung". Jawab Hairi Nonchi "Terbang pun aku nak panggil gajah juga".
  4.  
  5. 2. Pada point no 1 Hairi Nonchi kelihatan terpaksa akui kebenaran hujjah ulama' Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah yang dapat difahami daripada perkataan dia "agar ia nampak benar, hujjah itu diberikan nilai ilmiah". Maknanya dia sedar hujjah itu ada kebenaran dan ada nilai ilmiah cuma dia tidak mahu terima dan cuba mengatakan ia tidak menyokong untuk membatalkan hujjah akal dia.
  6.  
  7. 3. Menyerang peribadi lawan adalah senjata dan makanan Wahhabi dan Hairi Nonchi. Berapa ramai Ulama' yang Hairi Nonchi sesatkan dengan gelaran penyembah kubur, ahlul bid'ah (sesat) Syiah, Muktazilah, Jahmiyyah dan sebagainya. Saya pernah dituduh oleh Hairi Nonchi dengan gelaran sebegini hanya kerana saya membawa hujjah ilmiah membetulkan kekeliruan akidah mujassimah musyabbihah yang dia bawa. Printscreen ada dalam laptop saya. Tak sempat nak geledah.
  8.  
  9. 4. Perkataan fitnah Hairi Nonchi terhadap saya pernah disiarkan di page Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia suatu ketika dulu. Jika dilihat pada komentar saya tidak ada satupun tuduhan atau sindiran. Bahkan saya berbahasa dengan panggilan hormat kepada dia. Namun ketidakmampuan Hairi mendatangkan hujjah balas menyebabkan dia membuat tuduhan Ahlul bid'ah dan muktazilah jahmiyyah dan sebagainya yang membawa maksud kafir.
  10.  
  11. 5. Para Salaf melarang duduk dengan ahli bid'ah ialah alasan Hairi Nonchi yang takut untuk berdiskusi secara ilmiah. Sedangkan merekalah yang suka mencabar debat dan diskusi. Pada saya, Ini modal terakhir untuk menutup ketakutan Cikgu Geografi berhadapan dengan pendokong Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah.
  12.  
  13. 6. Perkataan anjing dan khinzir yang dinisbahkan kepada salaf menunjukkan Hairi Nonchi sedang meroyan dengan post saya sebelum ini. Tiada jawapan balas yang ilmiah daripada Hairi Nonchi yang ada hanya perkataan "syirik" "ahlul bid'ah" "bid'ah" "anjing" "khinzir" "jijik".
  14.  
  15. 7. Kalau ini level seorang penulis buku yang menjadi rujukan Ustaz-Ustaz Wahhabi, saya rasa amat memalukan. Tanpa kelulusan dalam bidang agama dengan hujjah-hujjah merapu serta menggunakan perkataan-perkataan keji seperti sesat, bid'ah, syirik, ahlul bid'ah dan sebagainya sudah menjadi zikir dan ratib harian Hairi Nonchi. Tidak terkecuali sesiapapun daripada tuduhan fitnah Hairi Nonchi sekalipun ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah.
  16.  
  17. 8. Untuk sekian kalinya saya menawarkan diri untuk berdebat dengan Hairi Nonchi berkaitan dengan isu Wahhabi dan Akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah ataupun mana-mana topik yang Hairi selesa. Saya juga menawarkan debat dalam bahasa arab jika Hairi berminat.
  18.  
  19. Sekian Terima Kasih,
  20. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement