Advertisement
ak47suk1

keuntungan duniawi - teknik kultus piramid ponzi mlm

Sep 15th, 2016
153
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 2.71 KB | None | 0 0
  1. Kalau baca buku PW, topik Keuntungan Duniawi di mukasurat 245 ada sedikit penjelasan mengenai teknik-teknik psikologi cult yang digunakan untuk mengenakan pengaruh tidak baik (undue influence) pada seseorang.
  2.  
  3. Kita ambil contoh post FB, MO yang masih tak letak jawatan lagi di KKM walhal dah buat skim piramid Apiliate Junksyen ni dah setahun lebih dah.
  4.  
  5. Masih mengharapkan prospek-prospek yang terdiri dari MO, HO dan sebagainya terpesona dengan post sebegini untuk direkrut ke dalam skim piramid ni.
  6.  
  7. Kita boleh kesan beberapa teknik indoktrinasi cult yang dah berjaya pada dia ni:
  8.  
  9. 1. 'Family' yang dicipta untuk dia dalam skim piramid ni adalah famili yang palsu dan bersifat love bombing. Walhal ikatan skim piramid ini sangat lemah dan mudah sahaja diputuskan bila anda tidak dapat merekrut downline. Anda akan dibiarkan keseorangan. Ni dipanggil replacement of relationships. Kau sekarang dah ada keluarga baru, keluarga penyangak Apiliate Junksyen.
  10.  
  11. 2. Peer group pressure. Tekanan rakan sekumpulan. Terpaksa nak berbuka puasa dengan mala'un ni semua, nak beli baju raya pun kena dengan 'Family' ni. Mala'un upline ni berbelanja di kedai mahal, kau pun kena jugak, kalau tak mana nak letak muka. Kat FB pun dah letak status CEO tu. Walhal tengah perit downline pun lama tak dapat rekrut, loan RM150K yang guna untuk joinT Apiliate Punksyen pun bunga hutang tak recuperate lagi.
  12.  
  13. 3. Dah siang puasa, malam pun ada 'education dan training'. Kepala bapak dia 'education dan training' sampai 'tak ngantuk dan sampai ke sahur'. Ni lah dipanggil teknik continuous indoctrination, time sense deprivation (melucutkan sensasi masa) dan sleep deprivation and fatigue, supaya kau tak sempat pun nak berfikir dan sentiasa berkejar-kejar dan berterusan keletihan.
  14.  
  15. 4. Full of positive energy konon. Ni dipanggil metacommunication dan isolation. Kau seolah-olah berada dalam alam lain. Alam yang diaruh dan disangkakan sebagai berenergi positif. Berasa hebat sentiasa walhal hanyalah terjebak dalam undue influence. Juga kau dah diprogramkan dan diasingkan dari mereka-mereka yang negatif, walhal mereka dah nampak kemungkaran skim piramid ni dan cuba nak selamatkan kau.
  16.  
  17. 5. 'Thats why I love Apiliate Junksyen' tu lah bukti love bombing tu.
  18.  
  19. 6. Tak jumpa orang-orang lain macam ni kat tempat lain. Memanglah, kau dah kena teknik isolation ni semua. Memang kau tak sedar yang kau dah ada 'pendamping ghaib' yang menghalang kau dari nampak kebenaran. Cult sekarang tak payah nak buat summer camp dalam hutan macam Eric Scheibeler kena. Cukup dengan cara ni.
  20.  
  21. Kau punya post pendek je tapi berapa banyak cult indoctrination dapat dikesan.
  22.  
  23. *Post ini boleh juga digunakan untuk scam skim piramid/MLM/pseudosains yang lain, bukan Apiliate Junksyen je.
  24.  
  25. -AK74-
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement