Advertisement
ak47suk1

mufti perlekeh pondok

Feb 20th, 2016
97
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.49 KB | None | 0 0
  1. 1] Pada hemah saya apabila seorang Mufti yang bergaji JUSA dan berelaun menteri merendah-rendahkan agamawan lain terutama guru pondok dan kelulusan pondok membuatkan saya sangat sedih.
  2.  
  3. [2] Saya yang pernah mengambil manfaat melalui sistem pondok sangat memahami keihlasan mereka di dalam mengajar dan menuntut ilmu. Kedhaifan adalah sinonim dengan pondok dan pelajarnya. Kesederhanan dapat dilihat daripada kehidupan guru-guru pondok. Tidak dilihat mereka berlumba-lumba untuk mendapatkan kemewahan duniawi melainkan tujuan mereka semata-mata untuk akhirat.
  4.  
  5. [3] Bagaimana tidak ikhlas jika kelulusan pondok yang tidak menjamin pekerjaan dan jawatan duniawi?
  6.  
  7. [4] Bagaimana tidak ikhlas jika menjadi guru pondok tanpa gaji elaun dan gelaran Datuk?
  8.  
  9. [5] Kalau dahulu kami anak pondok diingatkan untuk mendalami ilmu bukan kerana dunia, jawatan dan kemewahan adakah mereka yang hanya mengikut sistem universiti bersijil mempunyai niat yang sama ketika menuntut ilmu agama?
  10.  
  11. [6] Sefaham saya tidak ada seorang pun yang mengambil sijil agama melainkan ada cita-cita untuk mendapatkan pekerjaan dengan sijil dan kelulusan yang dimiliki. Jika tidak untuk apa sijil dan kelulusan yang kita miliki?
  12.  
  13. [7] Saya tidak bermaksud untuk menafikan kebaikan sistem universiti kerana saya juga seorang lulusan universiti. Saya juga tidak berniat untuk menafikan kepentingan mengisi jawatan penting di dalam negara, kerana saya juga adalah pegawai di sebuah syarikat minyak milik negara.
  14.  
  15. [8] Apa yang saya ingin sampaikan adalah tidak adil di saat kita mendapat kemewahan duniawi dengan kelulusan agama bahkan jawatan tertinggi agama iaitu Mufti menunding orang yang tidak sealiran dengan kita sebagai agamawan yang mencari makan dengan agama.
  16.  
  17. [9] Mengapa sistem pondok cuba diperlekeh dan diserang? Kerana tidak ada yang benar-benar mendalami ilmu agama melalui sistem pondok kecuali menolak fahaman Wahhabi atau kaum muda. Kerana pelajar pondok dilatih dengan disiplin dan asas dalam memahami setiap ilmu Islam sehingga ketikamana kami mendalami kitab-kitab yang besar seperti tafsir dan hadith kami sudah cukup mahir menilai disiplin ulama' dalam memahami satu-satu ayat dan hadith.
  18.  
  19. [10] Kami mendalami ilmu dari satu fasal ke fasal, bab ke bab dan kitab ke kitab. Bermula dengan kitab asas susunan para ulama' sehingga sebesar-besar kitab tafsir dan hadith. Kami masuk ke perbahasan ilmu dan perbezaan pandangan para ulama' melalui pintu bukan melompat terus dari bumbung. Justeru setiap istilah ilmu kami hafal dan hadam, al-Mabadi' al-'Asyarah setiap ilmu kami teliti maka kami mengenal siapakah ulama' yang disebut sebagai [al-Waadi'] bagi setiap disiplin ilmu.
  20.  
  21. [11] Kami mengenal siapakah ulama' muhaqqiqin setiap ilmu untuk dipegang perkataan mereka. Kami belajar bagaimana untuk keluar daripada perbezaan pandangan. Kami diajar untuk tidak merubah kitab ulama' dan bersangka buruk dengan mereka sekalipun bersalahan dengan apa yang kita faham dan kami katakan la'alla al-Sowab kerana ihtimal kita yang tidak faham apa yang musonnif kehendaki.
  22.  
  23. [12] Saya menasihati sahabat-sahabat Wahhabi dan sesiapa yang ingin mendalami ilmu agama untuk mendekati sistem pengajian pondok jika benar-benar ingin menguasai disiplin ilmu Islam. Jangan kita syok sendiri dan melihat hujjah guru kita yang hanya mendalami ilmu melalui bumbung seakan-akan sama dengan hujjah Para Imam Mujtahid. Jika kita sudah menutup pintu hati kita untuk mencari kebenaran bagaimana kita akan menemui kebenaran?
  24.  
  25. Anak pondok lulusan Universiti,
  26. Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari Al-Kelantani
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement