SHARE
TWEET

Malaysia sekarang masih tepu dengan politik perkauman

ak47suk1 Mar 23rd, 2019 (edited) 61 Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
  1. Malaysia sekarang masih tepu dengan politik perkauman dan agama sehingga ramai yang masih terperangkap melihat semua isu dari lensa perkauman dan tak boleh bezakan antara kritikan terhadap politikus dengan penghinaan terhadap kaum atau agama politikus yang dikritik.
  2.  
  3. Walaupun aku pasti ramai orang yang berfikiran waras boleh nampak perbezaannya, izinkan aku jelaskan kepada mereka yang masih belum nampak.
  4.  
  5. 1. Kritikan atau sindiran terhadap kata-kata, tindakan, sikap atau perwatakan seorang politikus keturunan Melayu BUKAN satu penghinaan terhadap kaum Melayu.
  6.  
  7. 2. Kritikan atau sindiran terhadap politikus keturunan Cina BUKAN satu penghinaan terhadap kaum Cina.
  8.  
  9. 3. Kritikan atau sindiran terhadap politikus keturunan India, Punjabi, Iban, Kadazan atau Semai BUKAN satu penghinaan terhadap kaum India, Punjabi, Iban, Kadazan atau Semai.
  10.  
  11. 4. Kritikan atau sindiran terhadap politikus beragama Islam atau dari parti yang menggunakan nama "Islam" BUKAN satu penghinaan terhadap agama Islam.
  12.  
  13. 5. Kritikan atau sindiran terhadap politikus beragama Kristian, Hindu, Buddha, Tao atau Konfusian atau parti yang menggunakan nama mana-mana agama itu BUKAN satu penghinaan terhadap agama Kristian, Hindu, Buddha, Tao atau Konfusian.
  14.  
  15. 6. Tiada politikus yang mewakili semua orang yang satu kaum dengan dia atau satu agama dengan dia, tak kira Mahathir, Najib, Anwar, Lim Guan Eng, Teresa Kok, Kulasegaran, Gobind, Waytha Moorty, Shafie Apdal, Hadi Awang, Mat Sabu, Mujahid, dan sebagainya.
  16.  
  17. 7. Tiada parti politik yang berasaskan kaum atau agama yang mewakili semua orang yang satu kaum atau satu agama dengan parti mereka, tak kira UMNO, BERSATU, MCA, MIC, PAS, AMANAH, dan sebagainya.
  18.  
  19. 8. Kritikan atau sindiran terhadap mereka dan parti politik mereka tidak boleh disamaertikan sebagai penghinaan terhadap kaum atau agama mereka.
  20.  
  21. Lain kali kamu nampak orang gunakan sentimen perkauman sebagai reaksi dan jawapan terhadap kritikan atau sindiran yang dilontarkan terhadap pemimpin mereka, fahamlah bahawa mereka sebenarnya cuba deflect dan alih perhatian dengan bangkitkan retorik perkauman yang sebenarnya hanya menguntungkan puak yang mengeksploitasi kaum dan agama demi kepentingan politik mereka dan parti politik mereka.
RAW Paste Data
We use cookies for various purposes including analytics. By continuing to use Pastebin, you agree to our use of cookies as described in the Cookies Policy. OK, I Understand
Not a member of Pastebin yet?
Sign Up, it unlocks many cool features!
 
Top