Advertisement
ak47suk1

Rasul Dahri JDT

Feb 25th, 2016
104
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 2.37 KB | None | 0 0
  1. # Rasul Dahri bukan adik beradik Rasul Kahar merupakan tokoh sunnah (Baca Wahhabi) yang telah diharamkan buku-buku beliau oleh JAKIM. Rujuk post saya sebelum ini atau gunakan khidmat Pakcik Google untuk merujuk fatwa tersebut.
  2.  
  3. # Saya tidak melihat penyebaran fatwa pengharaman buku-buku Rasul Dahri di mana-mana page rakan-rakan Wahhabi sepertimana mereka bersungguh-sungguh menggunakan nama JAKIM untuk mengharamkan Tarekat Naqsyabandi.
  4.  
  5. # Ini tidak pelik kerana sememangnya Wahhabi akan mengambil apa yang bertepatan dengan fahaman mereka dan menolak sesiapapun termasuk Imam-Imam Besar. Kerana pada mereka tiada yang maksum kecuali fahaman mereka.
  6.  
  7. # Rasul Dahri adalah Rasul yang tidak diwahyukan oleh Allah. Maka beliau tidak terlepas daripada kesilapan atau maksum. Bahkan menyedihkan lagi tidak mendapat wahyu (kebenaran) daripada Skuad JDT untuk mengajar. Maka Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara setahun dan denda RM5000 di atas kedegilan menyebarkan faham Wahhabi yang bercanggah dengan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah.
  8.  
  9. # Saya melahirkan rasa simpati kepada beliau dan pendokong-pendokong beliau. Namun apakandaya kesalahan tetap kesalahan dan ia berlaku lantaran kedegilan beliau sendiri menyebarkan ajaran sesat di Malaysia.
  10.  
  11. # Dosa beliau menyamakan Allah dengan makhluk ketikamana menyampaikan kuliah seperti tersebar di youtube dengan menunjukkan tangan dia dan wajah dia untuk memahamkan bahawa Allah ada tangan dan muka yang sebenar (hakiki) lebih besar daripada penjara sekadar satu tahun sahaja.
  12.  
  13. # Semoga ini menjadi pengajaran kepada pendokong Wahhabi agar tidak terlalu angkuh dan mendabik dada di Malaysia dengan fahaman kalian. Ayuh kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar iaitu berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang difahami oleh majoriti Ulama' Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah.
  14.  
  15. # Tahniah kepada Skuad JDT yang telah bertindak awal sebelum negara kita dihancurkan dengan fahaman pengganas Wahhabi Madkhali. Fahaman ekstrimis Rasul Dahri boleh dilihat di Youtube yang tidak terlepas daripada disesatkan oleh beliau mengikut ajaran sesat guru sunnah Saudi Arabia, Raabi' Ibn Ibn Haadi 'Umair al-Madkhali.
  16.  
  17. # Awas anak murid beliau ramai di Malaysia. Pastikan anak cucu kita tidak terpengaruh dengan fahaman sesat lagi menyesatkan ini dan melakukan pemantauan video ceramah di youtube yang menjadi rujukan anak-anak kita.
  18.  
  19. Allahul Musta'an..
  20.  
  21. Sekian Laporan Berita Terkini...
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement