pustakakoran

Fadilah Sholat Tarawih 1-30 Malam

Jul 17th, 2017
79
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
  1. Seandainya semua tahu tentang Sholat Taraweh
  2.  
  3.  
  4. Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, yaitu jawaban baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan. Baginda bersabda bahwa:
  5.  
  6. Malam ke 1
  7. Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
  8.  
  9. Malam ke 2
  10. Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.
  11.  
  12. Malam ke 3
  13. Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarn-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
  14.  
  15. Malam ke 4
  16. Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  17.  
  18. Malam ke 5
  19. Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
  20.  
  21. Malam ke 6
  22. Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
  23.  
  24. Malam ke 7
  25. Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
  26.  
  27. Malam ke 8
  28. Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
  29.  
  30. Malam ke 9
  31. Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
  32.  
  33. Malam ke 10
  34. Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.
  35.  
  36. Malam ke 11
  37. la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
  38.  
  39. Malam ke 12
  40. la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
  41.  
  42. Malam ke 13
  43. la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
  44.  
  45. Malam ke 14
  46. Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
  47.  
  48. Malam ke 15
  49. Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
  50.  
  51. Malam ke 16
  52. 4Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
  53.  
  54. Malam ke 17
  55. Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
  56.  
  57. Malam ke 18
  58. Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
  59.  
  60. Malam ke 19
  61. Allah S.W.T akan meninggikan derajatnya di dalam syurga firdaus.
  62.  
  63. Malam ke 20
  64. Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
  65.  
  66. Malam ke 21
  67. Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
  68.  
  69. Malam ke 22
  70. la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari segala huru-hara pada hari tersebut.
  71.  
  72. Malam ke 23
  73. Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah istana di dalam syurga daripada cahaya.
  74.  
  75. Malam ke 24
  76. Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
  77.  
  78. Malam ke 25
  79. Allah S.W.T akan mengangkat siksa kubur darinya.
  80.  
  81. Malam ke 26
  82. Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
  83.  
  84. Malam ke 27
  85. Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
  86.  
  87. Malam ke 28
  88. Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu derajat di akhirat.
  89.  
  90. Malam ke 29
  91. Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
  92.  
  93. Malam ke 30
  94. Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.
  95.  
  96. ——
  97. Catatan saya: Hadits ini hanya ditemukan pada kitab Durratun Nasihin, hal. 19, cetakan Darul Fikri, Beirut, tetapi sama sekali tidak tercantum pada Kutub as Sittah. Dengan demikian banyak yang berpendapat bahwa ini hadits maudhu’ .
RAW Paste Data