Advertisement
ak47suk1

KITA SEMUA ADMIN PW

Feb 13th, 2017
229
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.08 KB | None | 0 0
  1. KITA SEMUA ADMIN PW
  2.  
  3. Semalam kami respon mengenai ramai follower kami yang dituduh sebagai admin. Di comment section, ramai yang mengaku mereka adalah admin PW. Siap ada yang tulis #wearealladmin dan #sayaadmin. Terharu sebenarnya, sebab memang semua disini adalah admin PW.
  4.  
  5. Semua disini adalah Pseudoscience Watch. Semua di sini adalah pemerhati sains palsu dan melakukan sesuatu terhadap kepalsuan sains. Kalau tak kerana follower (anda semua), kami takkan dapat maklumat yang sangat banyak ini. Kami takkan dapat jejak satu persatu penipu yang ada.
  6.  
  7. Kami amat terhad di alam maya dan kawasan kami berlegar. Tetapi kamu semualah yang jadi mata dan telinga admin dari Utara hingga Selatan, dari Borneo hingga Semenanjung. Kamu semualah yang jadi tangan dan kaki admin apabila melaporkan hal sains dan PhD palsu, sehingga ramai penipu yang terlondeh. Kamu semua ambil tindakan untuk tidak membeli, menyebarkan maklumat, menasihat rakan dan keluarga untuk tidak tertipu dan tidak membeli barangan sains palsu.
  8.  
  9. Jika kamu semua tidak menjadi tangan dan mulut admin dalam mempertikaikan PhD palsu Zizan Seman, takkanlah berduyun-duyun Universiti menafikan PhD dan ijazah palsu Zizan Seman. Sewaktu page kami down, kamu semua yang minta fb untuk up semula page kami.
  10.  
  11. Kami ni cuma penulis yang menulis semula maklumat yang anda bagi. Berbekalkan sedikit ilmu daripada Tuhan, kami gunakan ilmu itu untuk menganalisis maklumat yang ada. Tidak cukup dengan itu, anda juga menjadi otak dan hati kami apabila bantu kami menganalisis dan menilai untuk kami. Memang kadangkala kami turun padang sendiri ke tempat penipuan, tetapi tidak selengkap dengan apa yang kamu semua berikan. Page ini sia-sia sekiranya follower tidak berbuat sesuatu.
  12.  
  13. Jadi jika Ayu Raudhah, Forever Living Gel, Johari Jaafar, Ganja Guru, ECPi, Abu Hannah dan lain-lain sangka PW akan mati apabila “penjaga” page atau page ini sendiri mati. Kamu semua tersilap besar.
  14.  
  15. Sebab anda perlu matikan follower yang buat 1 juta post reach dalam masa satu minggu, beratus ribu engagement dalam masa seminggu, perlu matikan hampir 200k follower, berpuluh ribu “people talk about this”, dan berbagai lagi statistik yang ada.
  16.  
  17. Eh tidak. Jika anda dapat matikan semua itu, PW yang bergerak di luar yang terdiri daripada para doktor, para saintis, para engineer dan orang awam sendiri yang celik dan akan terus menjadi pemerhati sains palsu dan melawannya. Jadi, nak matikan PW, anda perlu matikan semua orang yang celik sains di Malaysia ini.
  18.  
  19. Jika semua orang yang celik sains di Malaysia ini mati, waktu itu barulah kamu semua boleh celebrate yang PW dah mati.
  20.  
  21. Tetapi kami pasti, para guru dan pensyarah di Universiti takkan biarkan ini berlaku. Kami pun takkan biarkan ini semua berlaku. Semua follower PW sama ada yang like atau tidak like page ini pun, semua takkan biarkan hal ini berlaku. Perang melawan mitos dan pemerhati sains palsu akan terus melawan dan berperang dengan pengamal sains palsu sehingga akhir hayat masing-masing.
  22.  
  23. Semoga kepalsuan mampus dikoyak-koyak kebenaran*.
  24.  
  25. -Admin PW-
  26.  
  27. *quote credit to Chairil Anwar “Mampus kau dikoyak-koyak sepi”
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement