Advertisement
ak47suk1

praktikaliti mazhab

Feb 29th, 2016
110
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.41 KB | None | 0 0
  1. 1. Kami pelajar Al-Azhar dilatih dengan keluasan mazhab fiqh di mana kami tidak hanya mempelajari satu aliran mazhab sahaja, berbeza dengan lulusan universiti Wahhabi di mana hanya fahaman mereka sahaja yang dibenarkan.
  2.  
  3. 2. Mereka cakap je mereka ikut Al-Quran dan As-Sunnah tetapi hakikatnya mereka hanya taqlid kepada syarahan dan huraian tokoh-tokoh mereka di dalam memahami sesuatu ayat dan hadith. Sebab itu kita lawan Wahhabi bukan bermakna menolak Al-Quran dan As-Sunnah tetapi kita menolak kefahaman Wahhabi kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
  4.  
  5. 3. Kami menerima keluasan di dalam perbezaan pandangan para ulama' mazaahib di dalam masalah fiqhiyyah dan tidak menganggap hanya pegangan kami sahaja yang bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Berbeza dengan Wahhabi ketikamana mereka memilih satu pandangan mereka akan menidakkan pandangan lain seolah-olah pandangan orang lain menyalahi sunnah bahkan memperlekeh pandangan Imam-Imam mujtahid sekalipun ia pandangan ulama' salaf seperti Imam al-Syafie.
  6.  
  7. 4. Sebab itu ketikamana kita menolak pandangan Wahhabi yang memilih pandangan mazhab lain di Malaysia bukan bermakna kami menolak pandangan Imam Malik atau Imam Abu Hanifah atau Imam Ahmad tetapi kami menolak sikap mereka yang megelirukan masyarakat Malaysia yang sudah aman bermazhab syafie di dalam praktikal ibadah.
  8.  
  9. 5. Secara praktikal tidak akan berlaku dalam sebuah negara untuk mengamalkan 4 mazhab dalam satu masa melainkan ada maslahah (kepentingan awam) kerana ia akan membawa kekeliruan dan ketidaktentuan di dalam ibadah umat Islam. Sebagai contoh di Malaysia kita berpegang dengan mazhab syafie dan agak sensitif dengan babi.
  10.  
  11. 6. Bayangkan jika jiran sebelah rumah kita mengambil pandangan Mufti Wahhabi yang mengatakan babi di dalam Al-Quran hanya haram dimakan maka mereka menternak babi di rumah. Adakah kita akan selesa dan hidup aman dalam keadaan macam ini? Begitu juga dengan anjing. Apakah kita selesa kucing kita berkawan dengan anjing jiran kita yang muslim? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.
  12.  
  13. 7. Perbezaan pandangan ulama' adalah rahmat namun jika tidak diatur dengan baik ia akan membawa kepada perpecahan dan pertelingkahan yang mengganggu keharmornian sebuah masyarakat Islam. Lebih-lebih lagi masyarakat awam yang tidak menguasai keluasan pandangan ulama' mazhab dan tempat ambilan dalil para ulama' kita.
  14.  
  15. 8. Jika Wahhabi mengatakan kita perlu menerima pandangan semua mazhab di dalam praktikal agama kita, maka kenapa perlu lagi ada pertikaian dengan pegangan rakyat Malaysia yang bermazhab syafie? Apakah mereka inginkan rakyat Malaysia di dalam solat mempraktikkan keempat-empat mazhab. Bayangkan ketika solat rakyat Malaysia meletakkan tangan di atas pusat, kemudian angkat letak di dada, kemudian luruskan tangan ke bawah dan mengulanginya lagi dalam satu solat lantaran untuk mempraktikan ke semua pandangan Imam Mazhab yang empat.
  16.  
  17. 9. Sungguh tidak praktikal. Nak atau tidak kita akan memilih satu pandangan sahaja. Jika tidak memilih pandangan mazhab syafie bermakna kita memilih pandangan pilihan Wahhabi yang kononnya pandangan itu sahaja yang menepati sunnah.
  18.  
  19. 10. Natijahnya Wahhabi hanya ingin memaksa umat Islam untuk mengikuti fahaman mereka sahaja. Selain mereka tidak benar dan tidak sunnah walaupun perkataan mereka lunak mengatakan kami berlapang dada dengan perbezaan pandangan mazhab.
  20.  
  21. Satu Mazhab Satu Praktikal,
  22. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  23. Usuluddin Akidah dan Falsafah
  24. Universiti Al-Azhar Mesir.
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement