Advertisement
ak47suk1

wahhabi bermazhab?

Feb 21st, 2016
200
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 2.30 KB | None | 0 0
  1. 1. Jika Ustaz Wahhabi mengaku bermazhab tolong tanya Ustaz Wahhabi tu apa dalil wajib bermazhab sepertimana mereka meminta dalil kepada orang lain. Ideologi tidak bermazhab di Malaysia sudah cuba dibawa oleh Hassan Bandung (Lahir 1887M) yang menulis kitab mazhab dan taqlid yang mengharamkan bermazhab.
  2.  
  3. 2. Kemudian buku itu dijawab oleh Sheikh Abdul Qadir al-Mandili dengan judul al-Mazhab atau tiada haram bermazhab? Justeru pertembungan Wahhabi dan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah di Malaysia bukan perkara yang baru. Jika Wahhabi sekarang mengatakan Wahhabi tidak wujud di Malaysia, mereka sedang menipu orang yang tidak mendalami sejarah Malaysia.
  4.  
  5. 3. Orang yang tidak bermazab اللامذهبية tidak layak untuk bercakap soal mazhab. Kerana mereka sepatutnya malu kerana Imam-Imam besar-besar majoriti bermazhab dengan salah satu mazhab yang empat. Al-Syahid Prof Dr Muhammad Said Ramadhan Al-Bouti رحمه الله تعالى ونفعنا واياكم بعلومه في الدارين آمين juga meninggalkan karya agung beliau iaitu Allamazhabiyyah Akhtor bid'ah tuhaddidu al-Syariah al-Islamiyyah (anti/tidak bermazhab adalah bid'ah yang paling bahaya untuk menghancurkan syariat Islam).
  6.  
  7. 4. Kami tidak perlukan Wahhabi mengajar kami untuk bermazhab sedangkan mereka sendiri tidak jelas dengan pegangan mazhab mereka. Cukuplah ulama-ulama mujtahid yang menjadi panduan kami di dalam memahami syariat Islam.
  8.  
  9. 5. Cukup-cukuplah menipu orang ramai dengan nama mazhab dan Imam-Imam mazhab kami. Kembali kepada usul Wahhabi di mana mereka mengsyirikkan mereka yg bermazhab. Buktinya adalah pernyataan ulama mereka yang bernama Al-Qanuji di dalam kitabnya Ad-Din Al-Khalish jilid 1 halaman 140. Begitu juga Abdurrahman Ibnu Hasan Alu Syeikh (keturunan Ibnu Abdul Wahhab) dalam kitabnya Fath Al-Majid Syarh Kitab At-Tauhid, halaman 217:
  10.  
  11. تقليد المذاهب من الشرك
  12.  
  13. “Mengikuti (bertaqlid pada) mazhab-mazhab adalah syirik.”
  14.  
  15. 6. Berselindung untuk apa kalau pada fahaman Wahhabi bermazhab ini suatu yang tidak diperintahkan di dalam agama dan membawa kepada syirik. Ayuh selamatkan umat Islam di Malaysia daripada kesyirikkan ini secara terang-terangan. Jangan berselindung lagi wahai saudaraku penegak Wahhabi.
  16.  
  17. Mazhab tunjang syariat Islam,
  18.  
  19. Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari Al-Syafie
  20. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement