SHARE
TWEET

Vitamin K

ak47suk1 May 4th, 2017 79 Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
  1. Vitamin K ini diberikan sejurus selepas bayi lahir untuk mengelakkan sejenis masalah merbahaya iaitu Haemorrhagic Disease of Newborn dimana bayi tersebut berisiko tinggi untuk pengalami internal bleeding(pendarahan dalaman) terutamanya dalam otak disebabkan kekurangan zat Vitamin K pada awal kelahiran.
  2.  
  3. Zat ini pula AMAT penting kerana ianya merupakan sumber tubuh badan untuk menghasilkan clotting factors(faktor utk darah membeku). Mitos kanak2 yang mengalami G6PD(Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase deficiency), sejenis masalah congenital(dilahirkan sebegitu) sel darah merah ini jadi lebih teruk jika diberikan suntikan vitamin K dah lama tersebar sejak berpuluh tahun lagi.
  4.  
  5. G6PD itu sendiri merupakan risiko BESAR dan UTAMA untuk anak mengalami masalah jaundice(kuning) untuk masa yang lama dan berlanjutan(prolonged jaundice). Sebabnya sel darah lebih mudah rosak dan dimusnahkan. Pengambilan vaksin BCG dan suntikan vitamin K tidak ada kaitan dengan berapa lama atau teruk jaundice tersebut. Tak percaya takde masalah. Tak payah ambil vaksin BCG dan suntikan Vitamin K. Tetap sama kalau ada G6PD teruknya.
  6.  
  7. Sebabnya dalam menggunakan vitamer vitamin K3, dimana ianya boleh menjadi toksik dan mengganggu fungsi Glutathione yang menyebabkan pelbagai masalah dalam tubuh badan dan sel sarah merah.
  8.  
  9. Tapi yang kita beri dan suntik kepada bayi adalah vitamin K1 so takde masalah. Sebab parasnya ketika baru lahir adalah rendah dan membawa risiko pendarahan dalam berlaku sehingga minggu ke enam selepas lahir. Apa yang kita suntik sama jenis dengan apa yang ada dalam susu ibu.
  10.  
  11. Bayi baru lahir tidak mampu menghasilkan vitamin K2(bentuk aktif secara biologi) ini sendiri hinggalah selepas berumur 6 bulan sebab ianya memerlukan peranan bakteria bermanfaat dalam usus yang semakin matang untuk convert daripada sumber makanan. Dalam susu ibu pula ianya jenis vitamin K1 dimana ianya dalam kuantiti yang rendah dan mengambil masa yang lama untuk convert kepada vitamin K2.
  12.  
  13. Kita beri suntikan bukan saja2 tanpa indikasi. Sebabnya biasa kes2 pendarahan ini membawa maut. Pada tahun lepas di negeri Selangor terdapat dua kes dimana bayi baru lahir meninggal dunia akibat pendarahan ini kerana tidak menerima suntikan vitamin K.
  14.  
  15. Sebab lahirkan secara homebirth(dilahirkan dirumah). Kes2 ini tidak masuk dalam PW atau surat khabar sebab ibubapa bayi2 tersebut merupakan golongan PATI(pendatang asing tanpa izin). Mereka tidak mampu untuk pergi ke hospital kerana terpaksa membayar kos perkhidmatan hospital dan takut ditangkap pihak Imigresen. Berbeza dengan situasi warganegara Malaysia.
  16.  
  17. Kedua dua bayi tersebut mengalami intracerebral hemorrhage(pendarahan dalam otak) yang merupakan komplikasi paling teruk sekiranya mengalami kekurangan zat vitamin K.
  18.  
  19. Bila semakin ramai rakyat menolak vaksin(biasa bila tolak vaksin BCG vitamin K pun mereka akan tolak) maka kita akan lihat makin banyak kes2 yang sama melibatkan warganegara sendiri pula.
  20.  
  21. Sebab itu kalau nak buat sesuatu, buatlah berdasarkan ilmu yang SAHIH dan bukan sekadar daripada Google atau apa yang orang lain cakap kita terikut ikut sahaja. Apetah lagi buat keputusan berdasarkan mitos atau ANDAIAN semata mata.
  22.  
  23. Sebab anak itu AMANAH daripada ALLAH SWT. Buatlah yang terbaik berdasarkan FAKTA dan bukan AUTA. Sebabnya menzalimi anak sendiri sehingga terkorban dan hanya menyalahkan takdir anak syurga sesungguhnya merugikan.
  24.  
  25. -pethidine-
  26.  
  27. Rujukan:
  28.  
  29. Gupta JM, Salonikas C, Naidoo D. Neonatal plasma vitamin K1 levels following oral and intramuscular administration of vitamin K1. Acta Paediatr.
  30.  
  31. Shearer MJ, Rahim S, Barkhan P, Stimmler L. Plasma vitamin K1 in mothers and their newborn babies. Lancet.
  32.  
  33. Shahal Y, Zmora E, Katz M, Mazor D, Meyerstein N. Effect of vitamin K on neonatal erythrocytes. Biol Neonate.
  34.  
  35. Shahal Y, Bauminger ER, Zmora E, Katz M, Mazor D, Horn S, Meyerstein N. Oxidative stress in newborn erythrocytes. Pediatr Res.
  36.  
  37. Valaes T. Severe neonatal jaundice associated with glucose-6-phosphate dehydrogenase deficiency: pathogenesis and global epidemiology. Acta Paediatr
  38.  
  39. https://www.facebook.com/PseudoscienceWatch/posts/283540865436993:0
RAW Paste Data
We use cookies for various purposes including analytics. By continuing to use Pastebin, you agree to our use of cookies as described in the Cookies Policy. OK, I Understand
Not a member of Pastebin yet?
Sign Up, it unlocks many cool features!
 
Top