Advertisement
ak47suk1

wahhabi lemah ilmu kalam

Mar 7th, 2016
96
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 4.15 KB | None | 0 0
  1. #‎Antara‬ kepincangan Wahhabi ialah mereka menerima perbahasan ilmu tauhid tokoh-tokoh mereka tetapi meninggalkan perbahasan para ulama' Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah dengan alasan menggunakan akal dan ilmu kalam.
  2.  
  3. ‪#‎Wahhabi‬ tidak faham kalau ilmu kalam adalah nama lain bagi ilmu tauhid, ilmu Usuluddin, Ilmu ma'rifah, ilmu sifat. Pada zaman salaf iaitu zaman Imam Abu Hanifah ilmu ini dikenali dengan nama al-fiqh al-akbar.
  4.  
  5. ‪#‎Jika‬ Wahhabi mengatakan kami serah kepada Allah akan makna ayat-ayat sifat yang mutasyabihah tetapi mengapa mereka bermati-matian mempertahankan huraian dan kefahaman tokoh pujaan mereka kepada perbahasan ilmu ini?
  6.  
  7. ‪#‎Mereka‬ mengatakan cukuplah beriman kepada apa yang Allah Ta'ala nyatakan di dalam Al-Quran dan Nabi nyatakan di dalam Hadith tetapi di dalam masa yang sama mereka tetap juga menghuraikannnya dan memperbahaskan di dalam majlis pengajian mereka bahkan menetapkan makna kepada nas-nas mutasyabihah tersebut.
  8.  
  9. ‪#‎Pernah‬ sekali saya ketawa seorang diri mendengar ceramah seorang Ustaz Wahhabi Malaysia yang terkenal menyesatkan akidah 'Asyaairah dia mencela dan menolak ilmu akal dan ilmu kalam. Di dalam ceramah yang sama dia masih tetap menggunakan istilah wajib, mustahil, harus yang mana istilah-istilah tersebut merupakan istilah prinsip hukum akal. Dia juga tidak segan silu menggunakan istilah qadim, mahdath dan sebagainya sedangkan ia adalah istilah falsafah dan ilmu kalam.
  10.  
  11. #Wahhabi sememangnya golongan yang tidak tahu malu. Mereka menolak ilmu kalam dan falsafah tetapi menggunakan istilah ilmu kalam dan falsafah. Mereka menolak ilmu tasawwuf dan tarekat tetapi mengambil perkataan tokoh tasawwuf dan tarekat seperti Imam Hassan al-Basri, Sheikh Abdul Qadir al-Jailani, Imam al-Maqdisi dan lain-lain. Mereka menolak akidah Imam Ibn Hajar Al-Asqalani dan Imam Al-Nawawi tetapi mereka mengambil hadith dan ilmu kedua tokoh ini. Mereka menolak ilmu usul fiqh di dalam menetapkan hukum tetapi mereka menggunakannya untuk membid'ahkan sesuatu amalan. Mereka mengaku salaf tetapi menolak pembahagian bid'ah Imam Syafie yang secara ijmak diakui sebagai salaf. Mereka menolak bermazhab tetapi mereka mengutip pandangan mazhab untuk menyokong ideologi mereka. Mereka mengambil hadith (perkataan) Nabi dan mereka meninggalkan sunnah Nabi yang merangkumi perkataan, perbuatan, kejadian dan akhlak Nabi Shollahu 'Alaihi Wasallam.
  12.  
  13. ‪#‎Sedikit‬ definisi ilmu kalam menurut ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah untuk kefahaman kita.
  14.  
  15. 1. Menurut Ibnu Khaldun, Ilmu Kalam ialah ilmu yang berisi alasan-alasan mempertahankan kepercayaan-kepercayaan iman dengan menggunakan dalil pikiran dan berisi bantahan terhadap orang-orang yang menyeleweng dari kepecayaan aliran golongan salaf dan ahli sunah. [Muqaddimah Ibn Khaldun]
  16.  
  17. 2. Menurut Syekh Muhammad Abduh definisi Ilmu Kalam adalah ilmu yang membahas tentang wujud Allah, sifat-sifat yang wajib bagi-Nya, sifat-sifat yang jaiz bagi-Nya dan tentang sifat-sifat yang ditiadakan dari-Nya dan juga tentang rasul-rasul Allah baik mengenai sifat wajib, jaiz dan mustahil dari mereka. [Muhammad Abduh. Risalah Tauhid]
  18.  
  19. ‪#‎Ketikamana‬ Wahhabi mengharamkan ilmu kalam maka lahirlah manusia-manusia yang bodoh akalnya dan pendek fikirannya. Jadilah mereka seperti lembu yang dicucuk hidung oleh akalan tokoh-tokoh mereka dalam memahami akidah Al-Quran dan As-Sunnah lantas bertaqlid mereka di dalam akidah tanpa mampu mendatangkan burhan dan dalil.
  20.  
  21. ‪#‎Firman‬ Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 111 ;
  22.  
  23. وَقَالُوا لَن يَدْخُلَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَن كَانَ هُودًا أَوْ نَصَارَىٰ تِلْكَ أَمَانِيُّهُمْ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
  24.  
  25. Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata pula: "Tidak sekali-kali akan masuk Syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau Nasrani". Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar".
  26.  
  27. Nur 'ala al-Nur,
  28. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement