PatrZDZ

Fiktiv Malaysia - RTM

Oct 21st, 2020
47
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 39.80 KB | None | 0 0
  1. Radio Televisyen Malaysia (secara rasmi disingkat sebagai RTM) ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen, ia ditubuhkan pada 1 April 1946 di mana siaran radio telah diperkenalkan, manakala siaran televisyen diperkenalkan pada 28 Disember 1963. Beribu pejabat di Angkasapuri, kini, RTM mengendalikan 8 saluran radio nasional, 24 saluran radio negeri dan saluran radio daerah serta tiga saluran televisyen. RTM juga mempunyai orkestra simfoninya sendiri, iaitu Orkestra RTM. RTM meraikan ulangtahunnya yang ke-73 pada 1 April 2019.
  2.  
  3. Menurut tinjauan yang dibuat oleh Reuters Institute for the Study of Journalism pada 9 November 2019, RTM ialah pertubuhan media yang paling dipercayai di Malaysia, mendahului bidang kepercayaan jenama di hadapan Astro Awani, NTV7, TV3, Malaysiakini dan The Star.
  4.  
  5. ===
  6. Radio Televisyen Malaysia 1 atau TV1 merupakan stesen televisyen terestrial nasional di Malaysia yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan dioperasikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). TV1 dilancarkan pada 28 Disember 1963. TV1 menawarkan program pendidikan, informasi tempatan, buletin berita, dan rancangan hiburan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ia merupakan saluran televisyen yang pertama dan tertua di Malaysia.
  7.  
  8. TV1 sebuah stesen televisyen popular RTM telah menjenamakan saluran itu dengan imej dan nama baru kepada Tetap Unggul Mengganti Nama Moto Mewarnaimu (dahulu Saluran Perdana) oleh Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada 1 April 2006 yang bertindak sebagai medium kepada kerajaan dalam saluran yang berinformasi itu bagi menyampaikan isu semasa dan juga hiburan seperti drama, rancangan muzik, dan sebagainya kepada rakyat Malaysia.
  9.  
  10. Usaha menjayakan penjenamaan semula RTM, merupakan usaha bagi memupuk nilai murni yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri yang mantap akan menjadi asas dan teras TV1 yang baru ini. Selain itu, TV2 juga turut menerima imej dan nama baru pada 1 Januari 2005.
  11.  
  12. Pada 1 Januari 2006, saluran ini mempunyai perubahan nama slogan iaitu "Saluran Inforia" dan ditukar kepada RTM1. Perubahan slogan dibuat iaitu "Saluran Inforia" daripada "Saluran Infortainmen Anda" yang mana mengikut polisi kerajaan menggunakan bahasa Melayu sebaik mungkin. "Infortainmen" (perkataannya diambil daripada gabungan perkataan "Informasi"b(perkataan Melayu) dan "Entertainment"(perkataan Inggeris).
  13.  
  14. Ia merupakan jabatan kerajaan yang tidak mengaut keuntungan dan tiada subjek dalam siaran komersial, TV1 menunjukkan ia selesa ditonton untuk paparan sekeluarga.
  15.  
  16. Siaran harian bermula 10 minit sebelum Azan Subuh dan berakhir pada 1:00am. Siaran 24 jam hanya boleh didapati ketika bulan Ramadhan sahaja.
  17.  
  18. TV1 Kini Bersiaran 24 Jam Setiap Hari.
  19.  
  20. TV1, TV2 dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.
  21.  
  22. Buat masa ini, TV1 bersiaran dalam VHF (Frekuensi Lebih Tinggi) Gelombang ke-III dan UHF. Walau bagaimana pun, TV1 masih bersiaran dalam VHF Gelombang pertama di kawasan luar. Di Lembah Kelang, saluran VHF ialah 5. Di Singapura pula, saluran UHF ialah 55 (Siaran Analog akan terakhir pada 1 November 2019).
  23.  
  24. RTM TV1 juga boleh didapati melalui Astro di Saluran 101 (sebelum ini saluran 5, kemudian saluran 1). Dari 1972 hingga 1994, TV1 berkongsi masa siaran dengan TV Pendidikan, namun ia dibatalkan selepas 22 tahun bersiaran kerana siaran awal pagi di TV1 diperkenalkan pada April 1994, ia kemudiannya dipindahkan ke TV2.
  25.  
  26. Mulai 1 Januari 2021, RTM TV1 tersedia di Indonesia melalui satelit Telkom-4 dari Telkomsat.
  27.  
  28. Pada hari-hari biasa berita-berita dalam stesen televisyen ini akan bersiaran satu jam secara maksimum. Namun, sesetengah berita tersebut akan bersiaran selama setengah jam pada bulan Ramadan. Kesemua berita ini juga bersiaran di Saluran Berita RTM.
  29.  
  30. Nasional 7 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 7.00 pagi. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang pertama keudara bagi pada setiap hari. Kebanyakkan beritanya berkisar mengenai kejadian dan isu atau berita-berita yang telah berlaku pada hari sebelumnya. Mulai tahun 2020, ia dibahagikan kepada Nasional 7 Semenanjung (30 minit), Sabah dan Sarawak (masing-masing 15 minit).
  31.  
  32. Semasa 10, 11, 12, 3 dan 4 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 10:00 pagi, 11:00 pagi, 12:00 tengah hari (melainkan Jumaat), 3:00 petang dan 4:00 petang setiap hari. Ia memaparkan berita-berita semasa yang dikemaskini dari semasa ke semasa dari dalam negara sahaja.
  33.  
  34. Nasional 1 atau Nasional 12 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan selama setengah jam bermula jam 1 tengah hari pada setiap hari melainkan hari jumaat yang bersiaran jam 12 tengah hari untuk memberi laluan kepada solat jumaat.
  35.  
  36. Warta Negeri atau Nasional 5 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 5:00 petang setiap hari. Ia memaparkan berita-berita yang berkaitan dengan berita-berita tempatan dari negeri-negeri di Malaysia.
  37.  
  38. Nota: Nasional 5 hanya diberi pada bulan Ramadhan sahaja kerana tiada laporan berita dari negeri-negeri di Malaysia.
  39.  
  40. Nasional 8 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita waktu perdana yang disiarkan pada jam 8:00 malam setiap hari. Ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, meteorologi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan (terdiri daripada segmen hashtag (#) dan B-Diva. Nasional 8 juga ialah satu-satunya rancangan berita di Malaysia dengan terjemahan melalui seorang penyampai Bahasa Isyarat Malaysia terletak di bawah kanan skrin televisyen.
  41.  
  42. Berita Parlimen merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 10:30 malam setiap hari Isnin hingga Khamis. Ia memaparkan berita-berita dari sesi pembahasan usul di Parlimen, sesi soal jawab lisan, sesi perbentangan belanjawan bagi setiap tahun dan sesi pembahasan. Berita Parlimen baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2020 yang bermula pada 13 Julai 2020.
  43.  
  44. Nasional 11 merupakan rancangan berbentuk siaran berita perkembangan luar negara yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 11 malam. Ia memaparkan berita-berita peperangan, pergolakan, bencana, isu semasa, ekonomi, hiburan dan juga sukan. Ia dikenali sebagai Dunia Hari Ini dan BES Dunia sebelum tahun 2020.
  45.  
  46. Nasional 12 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan selama setengah jam bermula jam 12 tengah malam. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang terakhir keudara pada setiap hari.
  47.  
  48. ===
  49. Radio Televisyen Malaysia 2 atau RTM TV2 merupakan sebuah stesen televisyen terestrial nasional yang dimiliki oleh Radio Televisyen Malaysia di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
  50.  
  51. Penyiaran televisyen Malaysia RTM2 ini bermula pada 17 November 1969 dan menawarkan program hiburan, filem dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Tamil, dan Mandarin.
  52.  
  53. RTM2, juga dipanggil TV2, bersama-sama dengan RTM1 telah dilancarkan kebali dengan imej dan nama baru: TV2 - Tetap Unggul menggantikan slogan sebelum ini Saluran Emas (The Golden Channel) Dan Dunia Ria. Pelancaran ini dibuat pada 20 Ogos 2004, 2 minggu selepas pembaharuan imej TV1 oleh bekas Menteri Penerangan, Datuk Paduka Abdul Kadir Sheikh Fadzir. Pada 1 April 2019, TV2 telah memulakan penyiaran HDTV sempena sambutan ulang tahun ke-73 RTM, dan tersedia secara eksklusif menerusi perkhidmatan MyFreeview DTT di saluran 102. Penonton dinasihatkan untuk menghidupkan dekoder pada mod siap sedia atau rescan untuk menerima perubahan. Sebagai sebuah badan penyiaran kerajaan elemen-elemen seperti seks dan keganasan akan dikawal. Bagi bersaing dengan saluran swasta yang bertambah, beberapa program baru Playtime On 2, E-Shoppers, Whassup dan Elegance On 2 telah diperkenalkan melalui saluran berkenaan. Selain itu penonton kaum Cina juga dihidangkan dengan beberapa rancangan-rancangan seperti Dim Sum Hour, Gallery Phoenix dan Chopstick On 2.
  54.  
  55. Usaha menjayakan penjenamaan semula RTM, merupakan usaha bagi memupuk nilai murni yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri yang mantap akan menjadi asas dan teras TV2 yang baru ini. Walaupun TV2 lebih komersil, ia akan turut memikul tanggungjawab untuk mempromosikan nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi melalui variasi programnya.
  56.  
  57. Pada 1 April 2006, RTM2 mengandaikan nama lamanya (dahulunya TV2), tetapi slogannya masih sama. Pada pukul 5:55 pagi 3 Januari 2006, RTM2 memulakan siaran 24 jam sehari buat pertama kalinya, menyiarkan lebih rancangan untuk sesiapa yang bangun lewat menonton televisyen.
  58.  
  59. RTM1, RTM2 dan 32 stesen radio RTM menyambut 61st Annivesary Bash tahun ini (2007).
  60.  
  61. TV Pendidikan juga dahulunya disiarkan pada hari Rabu dan Khamis waktu pagi hingga petang di RTM2 (1972 hingga 1999).
  62.  
  63. TV2 bersiaran melalui Frekuensi Lebih Tinggi gelombang ke-III, walaupun beberapa tempat di Malaysia menyiarkannya dalam UHF. Di Lembah Kelang, ia dipancarkan dari Menara Kuala Lumpur di saluran VHF 8, dengan siaran lemah dari Gunung Ulu Kali di saluran VHF 10 di beberapa tempat di Lembah Kelang dan Johor Bahru (Gunung Pulai).
  64.  
  65. TV2 juga boleh ditonton di Astro saluran 102 (sebelumnya di Saluran 6, kemudian saluran 2).
  66.  
  67. News on Two merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 12:30 tengah hari. Siaran berita ini merupakan siaran berita berbahasa Inggeris yang pertama yang ke-udara. Kebanyakan beritanya berkisar mengenai kejadian dan isu atau berita-berita mengenai hal ehwal semasa, politik, ekonomi, sukan dan luar negara.
  68.  
  69. News on Two @10 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang berbahasa Inggeris yang disiarkan pada jam 10:00 malam. Ia menyiarkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan.
  70.  
  71. Berita Mandarin merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa Mandarin yang disiarkan dua kali iaitu pada jam 12:00 tengah hari dan jam 7:00 malam setiap hari. Seperti nama Berita Mandarin (Hua Yu Xin Wen), ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini dan hiburan.
  72.  
  73. Berita Tamil merupakan sebuah rancangan berbentuk berita berbahasa tamil yang disiarkan dua kali iaitu pada jam 1:00 tengah hari (kecuali Jumaat) dan jam 7:30 malam setiap hari. Seperti nama Berita Tamil (Tamil Seithigal), ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini dan hiburan.
  74.  
  75. ===
  76. TVi ialah sebuah stesen televisyen kendalian Radio Televisyen Malaysia yang ditujukan khas kepada penduduk Sabah dan Sarawak. Ia dilancarkan pada 10 April 2011 dan bersiaran melalui saluran Astro dan bersiaran melalui siaran myFreeview.
  77.  
  78. ===
  79. TV Okey ialah sebuah stesen televisyen kendalian Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang ditujukan khas kepada penduduk Sabah, Sarawak dan golongan muda. Ia dilancarkan pada 21 Mac 2018 dan bersiaran melalui saluran Astro Saluran 146 dan bersiaran melalui siaran myFreeview.
  80.  
  81. Saluran ini kini disiarkan melalui Astro Saluran 109, yang sebelumnya menyiarkan Astro @15 dan Muzik Aktif. Pada 21 Mac 2018, Muzik Aktif telah bertukar nama dan wajah baharu kepada TV Okey oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak di Kota Kinabalu, Sabah. Pada 1 April 2020, Astro menyusun semula nombor saluran TV Okey dari 109 kepada 146.
  82.  
  83. Mulai 1 Januari 2021, RTM TV Okey tersedia di Indonesia melalui satelit Telkom-4 dari Telkomsat.
  84.  
  85. ===
  86. RTM Sports ialah saluran televisyen berdefinisi tinggi dimiliki sepenuhnya oleh Radio Televisyen Malaysia. Siaran definisi tinggi sebelumnya telah dijalankan melalui siaran percubaan pada tahun 2008 semasa Sukan Olimpik Beijing berlangsung dan ditamatkan serta merta siaran HD selepas sukan olimpik tamat. 10 tahun kemudian, pada 13 Jun 2018 RTM HD mula bersiaran dalam fasa ujian dan disiarkan secara eksklusif di MYTV Broadcasting di saluran 111. Pada 13 Julai 2018, tepat sebulan selepas RTM HD disiarkan, ia ditukar terus kepada RTM HD Sports. Ini adalah siaran sukan pertama dilancarkan oleh RTM setelah selama ini bergantung kepada TV1, TV2 dan TV Okey menyiarkan siaran sukan tetapi ia masih dalam siaran percubaan.
  87.  
  88. ===
  89. Berita RTM ialah rangkaian televisyen percuma Malaysia yang dimiliki dan dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Menggunakan slogan 'Yang Sahih di Berita RTM', rangkaian ini memulakan siaran rasmi pelancaran formal secara penuh pada 25 Jun 2020 jam 7.45 malam (WPM) menerusi myFreeview saluran 123. Ia menyiarkan berita khusus merangkumi hal ehwal semasa dan bual bicara yang dipancarkan dalam definisi tinggi (HD). Saluran Berita RTM bersiaran 24 jam sehari meliputi pelbagai bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
  90.  
  91. Kandungan diperkasa melalui pengisian yang lebih komprehensif yang menawarkan 25 slot berita setiap hari, 12 bicarawara seminggu, berita niaga (lima hari) dan dua program majalah setiap minggu. Transformasi dinamik saluran baharu ini turut menawarkan pelbagai kelainan berbanding saluran TV lain kerana menyiarkan jajaran berita pelbagai bahasa bermula 12 tengah hari sehingga 2 petang diikuti 7 malam hingga 9 malam. Majlis pelancaran Berita RTM dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah sebagai sebahagian daripada inisiatif Putrajaya untuk menentang apa yang disebut "berita palsu".
  92.  
  93. Berita RTM memberi fokus kepada berita dan rancangan berkaitan berita yang bersiaran 24 jam sehari meliputi 4 bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Saluran itu menawarkan 25 slot berita setiap hari, 12 bicarawara seminggu, lima hari berita perniagaan dan dua program majalah seminggu yang menyumbang kepada pemerkayaan minda masyarakat dengan pelbagai maklumat. Berita RTM juga membolehkan penonton menyaksikan siaran berita radio pelbagai bahasa selain siaran langsung dari konti-konti radio RTM di seluruh negara yang turut membicarakan isu-isu khusus berkaitan di peringkat negeri. Di samping itu, ia juga menampilkan rancangan Pastikan Sahih yang disiarkan pada jam 6.30 petang dari Isnin hingga Jumaat, sebuah rancangan yang didedikasikan untuk membanteras berita palsu tular.
  94.  
  95. Pada hari-hari biasa berita-berita dalam stesen televisyen ini akan bersiaran satu jam secara maksimum atau sesetengah jam. Namun, sesetengah berita tersebut akan bersiaran selama setengah jam pada bulan Ramadan. Kesemua berita ini disiarkan di Saluran Berita RTM dan juga di TV1, TV2 dan TV Okey.
  96.  
  97. ===
  98. Radio Klasik (sebelum ini dikenali sebagai Nasional FM dan sebelum itu sebagai Radio 1 dan Radio Malaysia Saluran Satu dan akhir sekali Klasik Nasional) ialah sebuah stesen radio kebangsaan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia disiarkan dalam Bahasa Melayu. Moto utamanya ialah Menggamit Kenangan.
  99.  
  100. Stesen ini bermula sebagai Radio Malaya dijalankan di Singapura pada tahun 1946. Dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, Radio Malaya telah terbelah dua; studio asal di Singapura telah ditukar kepada Radio Singapura dan Radio Malaya berpindah ke Kuala Lumpur, mula bersiaran daripada tempat baru pada 1hb Januari 1959.
  101.  
  102. Pada 16hb September 1963, Radio Malaya menukar nama kepada Radio Malaysia, dengan penukaran nama baru Tanah Melayu.
  103.  
  104. Pada 19hb Januari 1971 Radio Malaysia yang dikenali sebagai Rangkaian Nasional adalah yang kedua untuk bersiaran 24 jam selepas Radio Rediffusion. Ia menempuhi pertukaran nama, dari Radio 1 pada 1hb Januari 1992, Radio Malaysia Saluran 1 pada 1hb September 1998, dan akhirnya kepada nama baru pada Jun 2005. Radio Irama Melayu Asli ataupun RIMA telah dilancarkan pada tahun 1998 serentak dengan penukaran format nama Radio RTM dengan permulaan siaran melalui frekurensi 93.9 FM di sekitar Lembah Kelang. RIMA pada ketika itu bersiaran hanya 9 jam (3:00 petang-12:00 tengah malam) dan telah meningkatkan masa siaran kepada 12 jam sehari (12 tengah hari hingga 12 tengah malam).
  105.  
  106. Radio Irama Melayu Asli tidak ketinggalan mengorak langkah menuju transformasi, pada tahun 2004 semua 33 Radio RTM dijenamakan semula dan RIMA telah ditukarkan nama sebagai Klasik FM Menggamit Memori.
  107.  
  108. Pada 12hb Ogos 2006, Nasional FM dan Klasik FM (yang asalnya dikenali sebagai Radio Irama Melayu Asli (RIMA) dan kemudian sebagai Klasik FM) telah digabungkan secara rasmi menjadi Klasik Nasional di mana ia akan menyiarkan lagu Melayu klasik dan lagu-lagu lewat 40-an hingga awal 90-an bersama dengan rancangan-rancangan utamanya.
  109.  
  110. Klasik Nasional telah memenangi Anugerah Pendukung Seni dalam Anungerah Seni Negara 2006 pada 19hb November 2006 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
  111.  
  112. Klasik Nasional mempunyai pendengar seramai 708 000 orang, mengikut Nielsen Audio Radio Measurment pada bulan Mac 2007. Kini, ia mempunyai pendengar seramai 1.5 juta orang.
  113.  
  114. Walau bagaimanapun, pada awal Januari 2012, nama Klasik Nasional telah diubahsuai sepenuhnya. Nasional FM mula disiarkan sepenuhnya di radio, menggantikan Muzik FM. Muzik FM kini boleh didengar di laman web internet melalui Galaksi Muzik RTM. Klasik Nasional, kini dikenali sebagai 'Radio Klasik' sehingga ke hari ini.
  115.  
  116. Berita Nasional (Berita Utama) disiarkan pada jam 7:00 pagi, 9:00 pagi, 11:00 pagi, 12:00 tengah hari (Jumaat), 1:00 tengah hari (Sabtu hingga Khamis), 5:00 petang, 6:00 petang, 9:00 malam dan 11:00 malam.
  117.  
  118. ===
  119. Nasional FM merupakan sebuah stesen radio kerajaan yang dikendalikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Sebelum ini, stesen ini pernah bersiaran dengan dikenali Radio 1. Sejajar penstrukturan semua radio milik RTM beberapa tahun lalu, stesen dikenali sebagai Nasional FM. Dan beberapa tahun kemudian, ia digabungkan sebagai satu saluran radio bersama-sama radio Klasik FM dengan dikenali sebagai radio Klasik Nasional. Pada awal tahun 2012, ia telah dibubarkan dan kembali menjadi stesen tunggal mengambilalih frekuensi radio Muzik FM (kini radio atas talian) dan bersiaran terus ke seluruh negara dengan gaya penyampaian yang lebih baik stesen ini menyiar pelbagai info dan berita semasa dengan lebih kerap, iaitu setiap satu jam sekali dalam sehari. Para penyampai pula terdiri daripada barisan muda, dengan harapan dapat menarik golongan ini mendapat maklumat yang tepat, terperinci dan lebih segar. Slogan yang digunakan bagi stesen Nasional FM ialah "Sentiasa Di Hati".
  120.  
  121. Berita Ringkas disiarkan setiap jam dari 00:02 (selepas lagu kebangsaan Negaraku), 01:00 hingga 06:00, 08:00, 10:00, 12:00, 14:00, 15:00, 16:00, 18:00, 20:00 dan 22:00.
  122.  
  123. Berita Nasional disiarkan pada jam 07:00, 09:00, 12:45 (pada hari Jumaat jika ada Solat Jumaat di antara 13:15 hingga 13:30 di Kuala Lumpur), 13:00 (hari-hari lain), 17:00, 19:00 (pada hari Sabtu dan Ahad termasuk hari cuti am), 19:15 (jika Azan Maghrib disiarkan di antara 18:57 atau 19:00 di Kuala Lumpur semasa bulan Ramadan), 21:00 dan 23:00.
  124.  
  125. Berita Dunia disiarkan setiap hari jam 11:00, manakala Warta Niaga pula bersiaran pada hari-hari Bursa Malaysia berniaga (Isnin hingga Jumaat) pada jam 19:00. Laporan Dewan Negara dan Dewan Rakyat pula menyiarkan ulasan persidangan-persidangan Parlimen pada jam 20:15, selepas Berita Ringkas jam 20:00 pada hari Dewan Negara atau Dewan Rakyat bersidang.
  126.  
  127. ===
  128. KL FM (Kuala Lumpur FM, sebelum ini dikenali sebagai Radio Kuala Lumpur dan sebelum ini sebagai Radio Malaysia Kuala Lumpur, Radio 3 Ibu Kota Kuala Lumpur dan Radio Ibu Kota Kuala Lumpur ialah sebuah stesen radio tempatan dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Kuala Lumpur. Stesen radio utamanya ialah di Pusat Penyiaran Antarabangsa, Angkasapuri, Kuala Lumpur.
  129.  
  130.  
  131. KL FM (Kuala Lumpur FM) bermula sebagai Radio Ibu Kota Kuala Lumpur, ditubuhkan pada 5 November 1973 di Kuala Lumpur. Ia adalah untuk menyesuaikan dengan penubuhan Kuala Lumpur sebagai Wilayah Persekutuan yang mengandungi lebih kurang 2 juta penduduk terdiri dari pelbagai bangsa dan agama serta corak kehidupan dan pekerjaan.
  132.  
  133. Radio Ibu Kota Kuala Lumpur beroperasi setiap hari mulanya menerusi gelombang sederhana 800 khz dari pukul 06:30 hingga 09:00 dan kemudian dari jam 16:00 hingga 19:00. Waktu siaran ketika itu seolah-olah ditujukan kepada pemandu kenderaan, penumpang bas dan kenderaan awam yang minta dihiburkan kerana menghadapi kesesakan lalu lintas. Atas sokongan dan minat orang ramai waktu siarannya telah dilanjutkan selama 9 jam bermula dari 06:00 hingga 09:00 dan 13:00 hingga 19:00.
  134.  
  135. Selain daripada menyiarkan rancangan biasa Radio Ibu Kota Kuala Lumpur juga menyediakan rancangan 1 jam dalam bahasa Inggeris iaitu dari pukul 18:00 hingga 19:00 yang dinamakan "Voice of Kuala Lumpur". Rancangan ini khusus untuk pelancong-pelancong dari luar negara mengenali Kuala Lumpur dari segi keindahan semula jadi, makanan, pakaian dan kebudayaan masyarakat Kuala Lumpur.
  136.  
  137. Sejajar dengan kemajuan dan perkembangan di Wilayah Persekutuan, Radio Ibu Kota Kuala Lumpur turut berkembang. Radio Ibu Kota Kuala Lumpur maju selangkah dengan menyusun program berinfomasi serta hiburan segar dan rancak. Personaliti DJ diperkenalkan pada tahun 1983, dimana seorang DJ bertugas setiap hari mengikut waktu tertentu - Isnin hingga Sabtu 06:00-09:00, 13:00-16:00 dan 16:00-18:00. Maka muncullah DJ-DJ seperti Zainal Din Zainal, Kamal Hassan dan Mohd Noor Amin (NORAMIN). Pada waktu itu Noramin telah memperkenalkan satu rancangan belajar bahasa iaitu bahasa Jepun yang diberi nama "Mosyi-Mosyi" yang menjadi kebanggaan Radio Ibu Kota Kuala Lumpur dan wargakota.
  138.  
  139. Program-program diperkuatkan lagi dengan mengundang tetamu ke studio disamping pendengar boleh berinteraksi melalui "phone-in". Laporan lalu lintas ‘secara langsung’ menerusi telefon dari Bilik Lampu Isyarat Berkomputer Dewan Bandaraya Kuala Lumpur oleh diperkenalkan disamping laporan lalu lintas yang diberikan oleh Trafik Polis. Untuk merapatkan lagi hubungan dengan pendengar, Radio Ibu Kota Kuala Lumpur sentiasa mengadakan siaran luar secara langsung dan menganjurkan rancangan kemasyarakatan. Pada 5 November 1983 Radio Ibu Kota Kuala Lumpur telah mengadakan siaran secara langsung dari Panggung Anniversary dari pukul 09:00 hingga 22:00 sempena ulangtahun RIKKL yang ke-10.
  140.  
  141. Rancangan-rancangan bercorak kemasyarakatan juga diperkenalkan. Ia dijalankan dengan kerjasama pihak swasta seperti rancangan "Pemandu Bersopan" yang bertujuan mengurangkan atau mengelakkan kemalangan jalanraya yang agak tinggi khususnya di ibu kota. Rancangan "Masih Ada Yang Sayang" disediakan khusus untuk golongan istimewa bagi menyedarkan masyarakat tempatan betapa mereka memerlukan perhatian dan diterima dalam masyarakat.
  142.  
  143. Rancangan-rancangan yang cergas, aktif, penuh semangat serta tidak menjemukan telah dijadikan stesen contoh oleh stesen-stesen daerah di seluruh negara. Mulai Ogos 1986 stesen daerah ataupun tempatan mencontohi Radio Ibu Kota Kuala Lumpur dan mempersembahkan rancangan-rancangan mereka "ala Radio Ibu Kota Kuala Lumpur".
  144.  
  145. Pada setiap hari Ahad jam 14:00 hingga 15:00, Radio Ibu Kota Kuala Lumpur menyediakan "DJ POP". Rancangan ini mengandungi lagu-lagu paling popular pada minggu tersebut mengikut pilihan pendengar lagu yang mendapat undi terbanyak dan menjadi johan digelar Puncak Kinabalu, naib johan digelar Puncak Tahan dan tempat ketiga digelar Puncak Jerai. Ini dapat melatih pendengar khususnya anak-anak muda supaya lebih mengenali dan cintakan negara.
  146.  
  147. Radio Ibu Kota Kuala Lumpur juga menyiarkan "DJ Jemputan". Rancangan ini memberi peluang kepada belia mengelolakan rancangan dan memilih lagu serta bertanding untuk pendengar memilihnya. Rancangan ini menggalakkan penyertaan golongan belia dari pelbagai kaum.
  148.  
  149. Pada tahun 1993, Radio Ibu Kota Kuala Lumpur mencatat sejarah apabila diberi nama baru sebagai Radio 3 Ibu Kota Kuala Lumpur yang dipancarkan menerusi gelombang FM 97.2 mhz. Peranan Radio 3 Ibu Kota Kuala Lumpur diperkuatkan lagi sebagai penghubung antara Kerajaan dengan masyarakat dan masyarakat dengan Kerajaan melalui rancangan "Bandaraya Dan Anda", "Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Anda" dan "Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan Anda".
  150.  
  151. Walaupun ketuanya sering bertukar-ganti, tetapi konsep utamanya tidak berubah iaitu mendekatkan hubungan masyarkat kosmopolitan. Memberi penerangan mengenai perkembangan semasa disamping lagu-lagu yang menghiburkan.
  152.  
  153. Sebagai penghormatan kepada pendengar yang setia, Radio 3 Ibu Kota Kuala Lumpur telah mengadakan pertandingan karaoke pada tahun 1994. Hasilnya seorang penyanyi bernama Mohd Zaid telah muncul dipersada seni suara.
  154.  
  155. Untuk wargakota yang ‘bertambah’ usianya diperkenalkan pula rancangan lagu-lagu lama atau evegreen diberi tajuk ‘kadang-kadang – jarang-jarang’ dan juga rancangan "Retro Kuala Lumpur". Para pelajar juga tidak dilupakan. Setiap hari Jumaat malam Sabtu dari pukul 21:00 hingga 22:00 rancangan Kelab Studi diperkenalkan bagi pelajar tingkatan 3-5. Dimana satu topik atau mata pelajaran dibentangan oleh penceramah iaitu Tuan Haji Hasni dan pelajar yang kurang memahami topik tersebut akan menelefon dan bertanya. DJ nya adalah Manan.
  156.  
  157. Semasa tragedi bangunan runtuh Highland Towers pada tahun 1994, Radio 3 Ibu Kota Kuala Lumpur telah menyambung waktu siarannya 24 jam tanpa henti selama 7 hari bertujuan memberi maklumat dan laporan terperinci mengenai kejadian tersebut.
  158.  
  159. Bagi mengisi cita-cita dan hasrat penduduk Lembah Kelang (sekitar Kuala Lumpur), Radio 3 Ibu Kota Kuala Lumpur sekali lagi telah bertukar nama kepada Radio Kuala Lumpur pada 15 Mac 1996. Walaupun wujud persaingan dari stesen swasta, Radio Kuala Lumpur masih mampu mengekalkan kumpulan sasarannya yang berumur antara 15-40 tahun.
  160.  
  161. Kuala Lumpur Hits (carta lagu-lagu popular) memutarkan lagu-lagu hits Melayu dan Inggeris diperkenalkan. Rancangan ini ke udara setiap malam Isnin hingga Jumaat jam 21:00 hingga 23:00. Ia mendapat sambutan di kalangan wargakota.
  162.  
  163. Pada 31 Ogos 1998 Radio Kuala Lumpur dikenali sebagai Radio Malaysia Kuala Lumpur selaras dengan panggilan radio lain-lain saluran. Kehadiran banyak stesen radio swasta di era digital ini merupakan saingan positif dan merupakan pencabar kepada keunggulan Radio Kuala Lumpur. Menyahut platfom penyiaran era digital Radio Kuala Lumpur meyakinkan siarannya dengan menyusun dan menerbitkan beberapa rancangan baru. Pada ulangtahun Radio Malaysia Kuala Lumpur, 1 April 1997 telah dilancarkan lagu korporat Radio Malaysia Kuala Lumpur. Begitu juga untuk mengeratkan lagi dan memastikan segala usaha kerajaan dalam membina masyarakat di tujuh kawasan parlimen telah dilancarkan Kelab Setia Radio Malaysia Kuala Lumpur. Rancangan ini mengundang wakil-wakil rakyat di tujuh-tujuh kawasan parlimen membincangkan perkembangan dan sama-sama mengatasi masalah masing-masing.
  164.  
  165. Mencecah era teknologi maklumat, Radio Malaysia Kuala Lumpur bertanggungjawab menggerakkan dan meransangkan minat pendengar menerusi slot Sensasi Cyber dan IT, pelancarannya pada 18 September 1997.
  166.  
  167. Radio Malaysia Kuala Lumpur terus menyemarakkan siaran dan memaklumatkan pendengar menerusi rancangan berbentuk "infotainmen" dan "edutainmen". Program-program seperti slot IT, Bersama Polis Kita, Bijak Matematik, Kuala Lumpur Dan Kita, Laporan Sukan dan Kuiz merupakan di antara rancangan terbitan Radio Malaysia Kuala Lumpur yang mendapat sambutan hebat dari pendengar Radio Malaysia Kuala Lumpur. Pada 1 April 2005 Radio Malaysia Kuala Lumpur sekali lagi telah bertukar nama kepada Kuala Lumpur FM (Kuala Lumpur FM) dan KL FM telah menambahkan siaran daripada 18 jam kepada 24 jam sehari.
  168.  
  169. ===
  170. TraXX FM, sebelum ini dikenali sebagai Rangkaian Biru, Radio 4 dan Radio Malaysia Saluran 4 ialah sebuah stesen radio kebangsaan dalam Bahasa Inggeris dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Kata penunjuk TraXX FM ialah Travel N Music bersempena tujuan baru saluran ini sebagai radio pelancongan Malaysia pada tahun 2008.
  171.  
  172. Antara DJ dalam stesen ini ialah Greenman, Lady Kay, Cruzer, Jezza, Mag, Double D, Navsta, Patrick, Maya, Roundhead, Sleebo, Edmeister, TheShaz, Chunky, DJ Constant, Jeremy, Mary, Najee dan Alwani. Stesen ini berkhidmat 24 jam dan aliran siaran langsung boleh dilalui melalui tapak web rasminya.
  173.  
  174. Seperti semua saluran saudaranya, TraXX FM menyiarkan berita setiap jam.
  175.  
  176. 07:00 Berita utama
  177. 09:00 Berita nasional
  178. 11:00 Berita dunia
  179. 13:00 Berita utama
  180. 17:00 Berita utama / laporan parlimen
  181. 19:00 Berita perniagaan / berita utama (hari tidak bekerja)
  182. 21:00 Berita utama / laporan parlimen
  183. 23:00 Berita utama
  184.  
  185. Setiap buletin berita yang disenaraikan di atas berdurasi 10 minit. Pada waktu yang lain stesen menyiarkan kemas kini berita yang berlangsung selama 3 minit.
  186.  
  187. ===
  188. Ai FM, sebelum ini dikenali sebagai Radio 5 dan Radio Malaysia Saluran 5 ialah sebuah stesen radio kebangsaan dalam Bahasa Mandarin dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Ia disiarkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ia merupakan stesen radio berbahasa Cina tunggal di Malaysia sehingga tahun 1996-97 apabila 988 mula bersiaran.
  189.  
  190. Sejarah Ai FM bermula pada tahun 1934. Pada 24 Ogos 1934, Khoo Sian Ewe telah mendapat lesen siaran yang pertama daripada kerajaan untuk membuat siaran dari rumahnya di Jalan Perak, Pulau Pinang. Siaran tersebut dikenali sebagai ZHj Penang yang berformat muzik dan rencana dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil. Tidak lama kemudian, siaran ZHj Penang diambil alih oleh tentera pihak Jepun untuk menghebahkan dakyah serta berita Jepun dan dipindah ke Bangunan Chinese Recreation Club (Kelab Rekreasi Cina) di Jalan Burma.
  191.  
  192. Radio Malaya ditubuhkan pada 1946 semasa pemerintahan British. Siaran dari Pulau Pinang pada masa itu dibuat dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil adalah terhad dan bercorak tempatan manakala siaran berita disambung dari ibu pejabat berita di Singapura. Pada masa itu, siaran Ai FM dikenali sebagai Perkhidmatan Bahasa Cina atau Rangkaian Hijau. Ketua Perkhidmatan Cina pada keseluruhannya bernama Shi Zu Xian manakala Ketua Bahagian Cina yang pertama ialah Leong Teng Sun dan Lim Eng Mao sebagai penolongnya di Pulau Pinang.
  193.  
  194. Radio Malaya kemudiannya bertempat di Jalan Young (kini Jalan Cenderawasih), Kuala Lumpur pada awal 1950-an. Leong Teng Sun bertukar sebagai Ketua Perkhidmatan Cina dan Wong Kim Pok dari Radio Rediffusion ditugaskan sebagai Pengelola Rancangan Cina. Siaran Cina dari stesen Kuala Lumpur ketika itu adalah bermula dari pada pukul 12:00 sehingga 13:15 iaitu berita dan laporan Indeks harga Komoditi Utama manakala dari pukul 17:00 sehingga 19:00 adalah siaran kampung atau petani dan dasar kerajaan yang diterang dalam loghat Hakka, Kongfu dan Hokkien. Semasa zaman darurat (1948-1960) pula, Perkhidmatan Cina membuat rakaman dakyah menyeru pengganas komunis untuk menyerah diri.
  195.  
  196. Pada 1957, Radio Malaya berpindah ke tingkat 5 dan 6 di Rumah Persekutuan sehingga tahun 1972. Pada tahun 1959, Rangkaian Hijau mengambilalih penerbitan dan siaran berita dari stesen Singapura dan waktu siarannya juga dilanjutkan dari pukul 06:30 sehingga 23:00 melalui gelombang sederhana dan pendek. Mulai tahun 1960 ke 1970, Rangkaian Hijau meningkatkan penerbitan rakaman luar khasnya di luar bandar dan kawasan pertanian. Ramai kakitangan dan pelakon drama diserap ke Rangkaian Hijau untuk melancarkan pertandingan bakat, ciptaan lagu petriotik dan penerbitan drama. Ia mencipta sejarah dan keistimewaan iaitu menubuhkan kumpulan koir yang berkaliber dan berjaya mengeluarkan beberapa album karya.
  197.  
  198. Pada 9 Mei 1972, semua perkhidmatan Radio Malaysia memulakan siaran dari Wisma Radio di Angkasapuri RTM iaitu percantuman TV Malaysia dengan Radio Malaysia telah menyusun semula organisasi dan pada tahun 1993, Rangkaian Hijau telah bertukar nama kepada Radio 5. Radio 5 adalah salah satu rangkaian radio RTM daripada 31 rangakaian iaitu 10 rangkaian di Angkasapuri dan 21 lagi di stesen negeri Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
  199.  
  200. Pada 28 Disember 1994, Radio 5 memulakan siaran 24 jam sehari iaitu tambahan masa siaran sebanyak 50 jam seminggu dan siaran berita disiarkan pada setiap jam. Pada tahun 1998, Radio 5 sekali lagi bertukar nama kepada Saluran 5 tetapi tidak lama kemudiannya namanya kembali kepada Radio 5.
  201.  
  202. Pada 1 April 2005, semua stesen radio kebangsaan RTM kecuali Radio 8 menjenamakan semula termasuk Radio 5 yang menukar nama kepada Ai FM yang masih dikenali pada hari ini.
  203.  
  204. Ai FM terdiri daripada lima slot pengaturcaraan dari Isnin hingga Jumaat, dan empat slot pada hari Sabtu dan Ahad. Pada jam 6:00 pagi setiap hari, bersama dengan beberapa stesen radio nasional dan wilayah RTM, lagu kebangsaan "Negaraku" akan dimainkan sebagai pembukaan.
  205.  
  206. Berita disiarkan dari pusat berita RTM setiap jam, biasanya buletin penuh 10 minit setiap jam ganjil dan buletin 3 minit selama berjam-jam. Berita utama dalam pelbagai dialek Cina (Berasingan Kantonis, Hokkien, Hakka dan Teochew selama 10-12 minit setiap bahagian) disiarkan pada pukul 8 malam - 9 malam setiap hari. Berita Perniagaan disiarkan pada pukul 7 malam pada hari bekerja. Berita Parlimen akan disampaikan pada jam 9 malam (Isnin hingga Khamis) semasa mesyuarat parlimen.
  207.  
  208. ===
  209. Minnal FM, sebelum ini dikenali sebagai Radio 6 dan Radio Malaysia Saluran 6 ialah sebuah stesen radio kebangsaan dalam Bahasa Tamil dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Pengarah baru Minnal FM pada masa ini ialah Raja Sekaran.
  210.  
  211. Bersama dengan tiga bahasa lain, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Pada mulanya siarannya disiarkan dari Singapura, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Penyiar terkenal En. Tanjai Thomas menyelia siaran Bahasa Tamil dari Kuala Lumpur.
  212.  
  213. Semasa pemerintahan Jepun dari tahun 1942 hingga 1945, siarannya dikenali sebagai JMPK. En.T.S. Shanmugam merupakan ketua siaran Bahasa Tamil. Bangunan Oriental di Jalan Montbatten (kini Jalan Tun Razak) merumahkan stesen penyiaran. Pada tahun 1951 sebuah wad di Hospital Tang Ling bertukar menjadi sebuah studio rakaman. Rumah Persekutuan di Kuala Lumpur menjadi Rumah Radio rasmi pada tahun 1956. Apabila daurat diistyharkan semasa ancaman komunis di Tanah Melayu, sebuah rancangan istimewa dikenali sebagai Daurat disiarkan sepanjang siaran biasa. Rancangan dihadapan penonton diperkenalkan apabila Kalappadam memulakan siarannya. Format rancangan itu kini dikekalkan sehingga ke hari ini. Siaran Kalappadam pertama telah disiarkan dari Dewan Bandar KL (kini Dewan Bandaraya).
  214.  
  215. Sebuah rancangan pentas istimewa mengingati Bapa Merdeka, Tunku Abdul Rahman telah diadakan di Tasik Perdana, Kuala Lumpur.
  216.  
  217. Berita disiarkan dari Singapura, manakala rancangan seperti berita tempatan, muzik klasik, main radio telah diterbitkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. En. Tanjai Thomas, En. A. Peter, En. S. Swaminathan, En.Rama Iyer, En.Haneef dan En. Sunder Raj adalah perintis dalam penyiaran Bahasa Tamil di Malaysia. Pada tahun 1961, En. R. Balakrishinan menjadi Ketua perkhidmatan Bahasa Tamil. Semasa kepimpinan beliau, perkhidmatan Bahasa Tamil berbunga. Waktu siaran dipanjangkan.
  218.  
  219. Pada tahun 1970, ia menjadi Rangkaian Merah dan sistem unit diperkenalkan. Pada pertengahan 1970-an, Kamala Desigan menjadi Ketua Rangkaian Merah wanita pertama untuk menyelia perkhidmatan itu. Perkidmatan itu mengalami peluasaan selanjutnya semasa penyeliaan En. Ganpathy dan En. Appadurai. Semasa tempoh itu, sistem unit telah dimansuhkan dan Rangkaian Merah menjadi Radio 6.
  220.  
  221. Pada tahun 1994, En. V. Poobalan mengambil alih jawatan sebagai pengawal Radio 6. Semasa penyeliaan beliau, siarannya menjadi gelombang FM sepenuhnya dan menjadi stesen radio pertama bersiaran 24 jam dalam Bahasa Tamil pada 1 Julai 1997. Stesen itu menjadi semakin popular oleh pendengar-pendengar dan penaja-penajanya. Tahun 2001 menyaksikan pertukaran baru dalam penyeliaan. Siswazah Universiti Sains Malaysia, En. B. Parthasarathee menjadi ketua baru Radio 6. Antara rancangan baru yang diperkenalkan ialah Kuralamutham, Vetriyalar Or Arimugam dan Ennanggal Vananggal.
  222.  
  223. Pada 1 April 2005, semua stesen radio nasional RTM kecuali Radio 8 diberi penjenamaan semula memberi satu sikap terbaru. En. Parthasarathee memainkan peranan penting dalam menjenamakan semula Radio 6, menjadi Ketua Seksyen. Minnal FM ialah nama baru diberi pada hari penjenamaan semula. Bekas Menteri Penerangan Dato' Seri Kadir Sheikh Fadzir melancarkan penjenamaan semula di Audiotorium Perdana di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Kejadian hebat akan menjadi selamanya pada sejarah penyiaran Bahasa Tamil di Malaysia. Pada tahun yang sama, ketua baru stesen Minnal FM En. Raja Sekaran mula masuk ke pos. Sekarang ada banyak perubahan pada rancangan dan lain-lain peristiwa di luar seperti perayaan Deepavali, persembahan pentas dan lain-lain yang akan datang.
  224.  
  225. Hari ini Minnal FM ialah sebuah stesen radio popular bersiaran 24 jam, bukan sahaja orang India Malaysia, tetapi orang India di seluruh dunia.
  226.  
  227. ===
  228. Asyik FM, sebelum ini dikenali sebagai Radio 7 Orang Asli, ialah sebuah stesen radio kebangsaan yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia dan bersiaran dari Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Ia disiarkan dalam Bahasa Malaysia dengan loghat Jakun, Semai, Temiar dan Temuan dari pukul 08:00 hingga 23:00 (sejak 31 Ogos 2011) dan menyiarkan muzik orang asli dan berita. Asyik FM menggunakan cogankata Moi num moi.
  229.  
  230. Radio 7 Siaran Orang Asli pertama kali disiarkan pada 3 Februari 1959 di Radio Malaya Kuala Lumpur menerusi gelombang pendek 49 meter - 6100 Khz, disiarkan selama setengah jam mulai pukul 15:00 hingga 15:30 setiap hari.
  231.  
  232. Pada 22 September 1997, unit ini telah ditambah waktu siarannya selama 6 jam mulai 15:00 hingga 21:00. Menggunakan Gelombang Pendek 49 meter (6025 Khz) dan kali pertajama menggunakan gelombang FM 91.1 Mhz. Loghat yang digunakan ialah dalam dialek Semai dan Temiar di samping menggunakan Bahasa Melayu baku.
  233.  
  234. Memandangkan betapa pentingnya sumber maklumat kepada masyarakat, maka sekali lagi Radio 7 melangkah ke era baru dengan menambah waktu siaran dari 13:00 hingga 22:00 selama 9 jam setiap hari. Ia bermula pada 1 April 2001. Malah penambahan dalam dua bahasa iaitu bahasa Temuan dan Jakun selain bahasa Semai dan Temiar menjadikannya unik dengan 4 bahasa.
  235.  
  236. Pada 31 Disember 2006, Info FM bersiaran buat kali terakhir dari jam 10:00 hingga 13:00, atas sebab Asyik FM menambahkan waktu siaran sebanyak 14 jam dari pukul 08:00 hingga 22:00 pada 1 Januari 2007.
  237.  
  238. Pada peringkat awal penubuhannya, objektif siaran ini adalah untuk memainkan peranan dari segi program gerak saraf. Tujuannya untuk memberi kesedaran kepada masyarakat orang asli tentang kepentingan keselamatan negara dari ancaman Komunis Malaya. Jelasnya, masyarakat Orang Asli didedahkan dengan program-program kerajaan yang boleh membawa mereka ke arah kemajuan supaya mereka terhindar dari fahaman Komunis Malaya.
  239.  
  240. Kini setelah negara kembali aman dan Komunis Malaya telah meletakan senjata, bermakna pengaruh komunis telah tiada. Isi siaran juga turut berubah mengikut arus perkembangan semasa iaitu lebih menumpukan perhatian kepada program Pembangunan Insan, sejajar dengan kehendak dan dasar kerajaan yang telah digariskan oleh RTM. Berbagai bentuk rancangan telah diadakan melibatkan golongan tua, muda dan kanak-kanak seperti pembangunan masyarakat, berita, drama, peristiwa semasa, permintaan lagu, lagu-lagu hiburan termasuk lagu-lagu tradisional masyarakat Orang Asli.
  241.  
  242. Malah akhir-akhir ini Asyik FM telah berjaya mencungkil bakat-bakat seni kalangan masyarakat Orang Asli sehingga ada yang berjaya menjadi artis rakaman seperti Kumpulan Jelmol. Selain itu juga berjaya menarik minat kebanyakan suku kaum orang asli menyertai program Pilihanku. Sekurang-kurangnya secara tidak langsung berjaya mewujudkan intergrasi antara suku kaum. Selaras dengan dasar dan matlamat yang mahukan liputan seluas-luasnya, siaran ini telah melakukan tanggungjawabnya dengan membuat liputan seluas-luasnya dalam berbagai aspek pembangunan orang asli terutamanya aspek kesihatan. Di mana telah diwujudkan program Ceramah Kesihatan bersama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Jelasnya Asyik FM terus melakukan perubahan yang diperlukan oleh masyarakat. Sesuai dengan keperluan maklumat yang diperlukan, Asyik FM terus memperbanyakan maklumat menerusi rancangan-rancangan, supaya ia menjadi sumber rujukan maklumat utama seperti mana diperlukan oleh masyarakat di pedalaman yang kehausan maklumat.
  243.  
  244. Dengan perkembangan ini, Asyik FM mengharapkan masyarakat orang asli akan mendapat maklumat kerajaan dan seterusnya dapat mengubah sikap, semangat berdidekasi serta mempunyai wawasan selari dengan perubahan semasa. Antara pelopor siaran ini ialah Encik Bah Daniel, Encik Long Rais, Encik Adeng Kerah dan Encik Ajom Alang.
Add Comment
Please, Sign In to add comment