ak47suk1

hadith dhoif != hadith palsu

Mar 22nd, 2016
225
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 2.67 KB | None | 0 0
  1. ๐Ÿ”˜ Penyakit yang semakin membarah di dalam masyarakat kita pada hari ini ialah menyamatarafkan kedudukan hadith dhaif dengan hadith palsu tanpa perincian dan kesepakatan para ulama hadith.
  2.  
  3. ๐Ÿ”˜ Punca besar kesesatan Wahhabi di dalam ilmu ialah meninggalkan disiplin sesuatu ilmu. Disiplin ilmu adalah formula yang disusun oleh para ulama' untuk memahami sesuatu ilmu.
  4.  
  5. ๐Ÿ”˜ Sebagai contoh Wahhabi memahami hadith dhaif dengan makna palsu (maudu') dan menolak semuanya tanpa melihat kepada definisi atau istilah jaami' maani' terhadap "hadith dhaif" di sisi para ulama' dan disiplinnya.
  6.  
  7. ๐Ÿ”˜ Perbandingannya seperti Wahhabi memahami makna solat pada bahasa dengan semata-mata doa sedangkan solat ditakrifkan dengan "Segala perbuatan dan segala perkataan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat yang tertentu".
  8.  
  9. ๐Ÿ”˜ al-Hafidz Ibn Solah mentakrifkan hadith dhaif dengan katanya "Setiap hadith yang tidak mencukupi syarat-syarat sahih dan tidak juga mencukupi syarat-syarat hadith hassan, maka itulah hadith dhaif". [Tadrib al-Rawi:139].
  10.  
  11. ๐Ÿ”˜ Secara umum, hadith dhaif terbahagi kepada 3 bahagian ;
  12.  
  13. โ™ฆ
  14. 1] Kedhaifannya boleh disokong dengan muafakat para ulama' kerana dikuatkan oleh kemasyhurannya yang datang dengan riwayat yang lain ataupun ianya disokong oleh sokongan yang diterima terutamanya apabila perawinya adalah seorang yang lemah hafazan atau disebabkan ianya diriwayatkan secara mursal (gugur sahabat nabi di dalam sanad) ataupun tidak diketahui keadilan perawinya maka hadith ini tarafnya meningkat kepada hadith hasan li ghairih. Maka jadilah ia hadith yang diterima pakai untuk dijadikan hujjah sehingga di dalam hukum hakam.
  15.  
  16. โ™ฆ
  17. 2] Kedhaifannya tidak dapat disokong walaupun jalan-jalan riwayatnya banyak. Ia dinamakan hadith Waahi (bersangatan lemah). Ini disebabkan perawinya seorang fasiq atau dituduh pembohong.
  18.  
  19. โ™ฆ
  20. 3] Hadith Waahi yang mempunyai sokongan daripada riwayat-riwayat yang lain maka tarafnya meningkat kepada peringkat yang lebih tinggi melebihi kedudukan hadith munkar (hadith yang bersangatan lemah dan yang tiada asal). Maka hadith ini diharuskan beramal dengannya di dalam masalah fadhilat amal (kelebihan amalan) tetapi tidak boleh dijadikan hujjah di dalam akidah dan hukum-hakam.
  21.  
  22. (Wazifah al-Hadith al-Dhoif:10-11)
  23.  
  24. ๐Ÿ”˜ Perbahasan ilmu hadith sangat luas dan ia tidak semudah mengatakan ia sahih atau palsu dan langsung menolaknya. Ia perlu dirujuk kepada ahlinya yang muhaqqiqin. Ia juga perlu menguasai perbezaan pandangan para ulama di dalam menentukan sesuatu kedudukan perawi dan riwayat-riwayat yang lain untuk menyokong riwayat-riwayat yang lemah.
  25.  
  26. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  27. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment