Advertisement
ak47suk1

Isu Dr Zakir Naik

Apr 11th, 2016
103
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.42 KB | None | 0 0
  1. Isu Dr Zakir Naik
  2.  
  3. بسم الله الرحمن الرحيم
  4.  
  5. 1. Ada sahabat yang bertanya tentang isu Dr Zakir Naik. Pada asalnya saya tidak ingin turut serta dalam isu ini kerana saya tidak ada kuasa apa-apa samada membenarkan atau menyekat beliau daripada berceramah. Saya bukan protégé beliau untuk membuat sidang media mempertahankannya dan saya juga bukan ketua polis untuk menarik balik kebenaran berceramah.
  6.  
  7. 2. Dua isu yang perlu difahami. Pertamanya ialah kaitan ASWAJA dengan Hindraf sepertimana kenyataan Mufti Perlis. Saya berpandangan ia tuduhan jahat tanpa bukti kerana pertubuhan ASWAJA tidak pernah menghalang Dr Zakir Naik berceramah di Malaysia. Bantahan datang daripada Hindraf bukan ASWAJA. Apabila Mufti Perlis mengaitkan keduanya ia membawa pertembungan pendokong beliau dan pendokong ASWAJA. Ini merugikan Islam.
  8.  
  9. 3. Saya berpandangan Mufti Perlis ada kepentingan peribadi untuk memburukkan nama ASWAJA demi meraih simpati diri di atas populariti Dr Zakir Naik. Sekalipun ASWAJA tidak bersetuju dengan beberapa pandangan Dr Zakir Naik sepertimana Deobandi juga tidak bersetuju itu hal yang biasa.
  10.  
  11. 4. Keduanya isu bantahan Hindraf. Bantahan Hindraf di atas kepentingan agama hindu. Mereka ada hak untuk membantah sepertimana kita ada hak untuk mempertahankannya. Namun sebagai muslim, kita pasti memihak kepada agama kita kerana Dr Zakir Naik mewakili Islam. Sepatutnya Dr Maza and the geng menjawab bantahan Hindraf dengan bijaksana bukan menjadi batu api untuk melagakan pendokong beliau dengan ASWAJA.
  12.  
  13. 5. Apabila dipecahkan kedua isu ini, maka sebenarnya ASWAJA bukan bersama Hindraf di dalam isu ini. ASWAJA bangkit menjawab tuduhan fitnah Dr Maza yang mengaitkan keduanya. Ramai sahabat-sahabat ASWAJA (bukan Wahhabi) bersama umat Islam Malaysia untuk mempertahankan kebenaran Dr Zakir Naik berceramah di Malaysia termasuk diri saya.
  14.  
  15. 6. Saya adalah peminat ceramah Dr Zakir Naik. Itu tidak bermakna saya tidak boleh berbeza dengan beliau di dalam beberapa isu yang berkaitan dengan kaedah Ilmu Islam. Saya tidak diajar untuk bertaqlid kepada mana-mana tokoh melainkan tokoh itu berdiri di atas prinsip-prinsip ilmu Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah syariat, akidah dan akhlak.
  16.  
  17. 7. Dr Zakir Naik adalah tokoh di dalam perbandingan agama. Kita hormati beliau dan kita tidak pernah menafikan jasa beliau. Namun kita tidak diajar untuk taksub seolah-olah kita tidak boleh berbeza pandangan dengan beliau. Bahkan apa yang saya dapati di kalangan geng Wahhabi Malaysia juga tidak bersetuju dengan beliau di dalam beberapa perkara cuma hal ini tidak diwar-warkan. Perbincangan hanya berlaku di kalangan mereka sahaja.
  18.  
  19. 8. Maka isu tidak bersetuju dengan pandangan Dr Zakir Naik dalam beberapa pandangan agama ia bukan bermakna kita tidak bersetuju dengan ceramah beliau di Malaysia.
  20.  
  21. 9. Saya berharap kepada umat Islam Malaysia agar meluruskan dengan hikmah. Saya melihat banyak komen-komen yang tidak menunjukkan akhlak Islam ketikamana menjawab pandangan bukan Islam terutamanya rakan hindu. Bukankah akhlak yang baik adalah keutamaan di dalam dakwah kita?
  22.  
  23. 10. Isu agama dan kaum jika tidak ditangani dengan baik ia akan membawa kemudharatan yang lebih besar kepada perpaduan sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Semoga kita dapat menunjukkan Islam sebagai "Rahmatan lil 'Alamin" kepada saudara hindu kita sekalipun kita tidak bersetuju dengan bantahan mereka.
  24.  
  25. Yang Benar,
  26.  
  27. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  28. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement