Advertisement
ak47suk1

MELIHAT ALLAH TANPA BERTEMPAT

Feb 20th, 2016
89
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 4.61 KB | None | 0 0
  1. {MELIHAT ALLAH TANPA BERTEMPAT}
  2.  
  3. [1] Wahhabi mengatakan tidak logik Allah ada tanpa bertempat kerana "logik senget" mereka berkata "mana boleh tidak bertempat sedangkan kita akan melihat Allah di dalam syurga. Kalau tidak bertempat macamana nak lihat?"
  4.  
  5. [2] Sebelum menjawab persoalan suka untuk saya menyatakan Wahhabi yang menolak disiplin ilmu akal tetapi dalam masa yang sama cuba menggunakan akal akan membawa kepada percakapan seperti orang gila yang bersalahan dengan akal yang salim (sejahtera). Benar sekali seperti perkataan al-Qadhi Abu Toyyib : من لم يعرفها فهو ليس بعاقل {Sesiapa yang tidak mengetahui ilmu akal maka dia bukanlah orang yang berakal (gila)}.
  6.  
  7. [3] Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah bukan Muktazilah yang mendahulukan akal di atas wahyu. Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah menggunakan akal untuk memahami wahyu. Oleh sebab itu, wahyu diturunkan kepada manusia bukan kepada haiwan atau jamaadat yang tidak berakal. Masakan tidak boleh menggunakan akal sedangkan Allah Ta'ala sendiri yang mengajar kita dengan firmanNya ;
  8.  
  9. لَوْ كَانَ فِيهِمَا آلِهَةٌ إِلَّا اللَّهُ لَفَسَدَتَا فَسُبْحَانَ اللَّهِ رَبِّ الْعَرْشِ عَمَّا يَصِفُونَ
  10.  
  11. Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan. {al-Anbiya : 22}
  12.  
  13. [4] Banyak sekali ayat Al-Quran yang menggunkan uslub al-Istifham li al-taubikh (Gaya bahasa bertanya untuk menyedarkan) supaya kita menggunakan akal seperti firman Allah {أفلا تتفكرون} {Apakah kalian tidak berfikir} {أفلا تعقلون} {Apakah kalian tidak menggunakan akal untuk berfikir?}
  14.  
  15. [5] Menjawab persoalan mereka tadi kita katakan Wahhabi sedang menggunakan akal melebihi wahyu sepertimana muktazilah. Mereka mengambil pandangan muktazilah yang menafikan dapat melihat Allah kerana kata muktazilah
  16. كل ما كان مرئيا فإنه يجب أن يكون مقابلا
  17. "Setiap apa yang dapat dilihat maka bahawasanya adalah ia wajib berhadapan/bertentangan".
  18.  
  19. [6] Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah menetapkan harus melihat Allah pada hari akhirat tanpa bertempat kerana Al-Quran jelas menetapkan melihat Allah pada hari akhirat dan thabit menafikan tempat bagi Allah berdalilkan hadith Nabi Shollahu 'Alaihi Wasallam ;
  20.  
  21. أنت الأول فليس قبلك شيء، وأنت الآخر فليس بعدك شيء، وأنت الظاهر فليس فوقك شيء، وأنت الباطن فليس دونك شيء
  22.  
  23. Engkaulah yang awal maka tidak ada sebelum Engkau sesuatupun, Engkaulah yang akhir maka tidak ada selepas Engkau sesuatupun, Engkaulah yang zahir maka tidak ada di atas Engkau sesuatupun dan Engkaulah yang bathin maka tidak ada di bawah Engkau sesuatupun". {Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah}.
  24. Berkata al-Hafidz al-Baihaqi "Sebahgian daripada sahabat kami mengambil hadith ini untuk menafikan tempat bagi Allah.
  25.  
  26. [7] Berkata al-Imam al-Mujtahid Abu Hanifah al-Nukman bin Thabit Radhiallahu ‘Anhu (w150h)
  27.  
  28. والله تعالى يرى في الآخرة، ويراه المؤمنون وهم في الجنة بأعين رؤوسهم بلا تشبيه ولا كميّة، ولا يكون بينه وبين خلقه مسافة
  29.  
  30. “Dan Allah Ta’ala dilihat pada hari akhirat dan melihat Allah oleh mukmin dan mereka di dalam syurga dengan mata kepala mereka tanpa tasybih, tanpa ukuran dan tidak ada jarak di antara Allah dan makhluknya”.
  31.  
  32. {Tersebut di dalam al-Fiqh al-Akbar. Lihat syarah al-Fiqh al-Akbar oleh Mulla Ali al-Qari:136-137}
  33.  
  34. [8] Beliau berkata lagi di dalam kitabnya al-Wasiyyah :
  35.  
  36. ولقاء الله تعالى لأهل الجنة بلا كيف ولا تشبيه ولا جهة حق.
  37.  
  38. “Melihat Allah Ta’ala adalah benar bagi ahli syurga tanpa kaifiyyah, tanpa tasybih dan tanpa arah”.
  39.  
  40. {al-Wasiyyah:4 dinukilkan oleh Mulla Ali al-Qari di dalam syarah al-Fiqh al-Akbar : 138}
  41.  
  42. [9] Jika mereka katakan sesuatu yang tidak bertempat tidak wujud maka tanyakan kepada mereka di mana masa? Adakah masa bertempat untuk membuktikan ia wujud? Mintak mereka tunjukkan tempat bagi masa jika mereka mengatakan mustahil pada akal menerima Allah wujud tanpa bertempat. Mahasuci Allah daripada bertempat dan mengambil ruang kerana setiap yang mengambil ruang adalah jisim dan setiap jisim adalah baru dan setiap yang baru ada yang menjadikannya. Maka kesekaliannya adalah mustahil atas Allah.
  43.  
  44. Pejuang akidah salaf,
  45. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  46. BA (Hons) Usuluddin Akidah dan Falsafah
  47. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement