Advertisement
ak47suk1

Allah di langit?

Feb 24th, 2016
135
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 5.89 KB | None | 0 0
  1. # Syeikh Muhammad Mutawalli as-Sya'rawi Rahimahullah seorang mufassir agung yang sangat masyhur menghuraikan ayat;
  2.  
  3. وهو الذي في السماء إله وفي اﻷرض إله – الزخرف:84
  4.  
  5. Maksudnya : Dan Dialah Tuhan di langit dan Tuhan di bumi.
  6.  
  7. # Tuhan di sini merujuk kepada Allah kerana ayat ini menggunakan ismul mausul ( الذي ). Isim mausul di dalam kaedah bahasa arab menunjukkan kepada ma'rifah iaitu Allah.
  8.  
  9. # Beliau menyatakan di dalam tafsirannya tidak ada bagi Allah tempat dan masa kerana tempat dan masa itu ciptaannya (makhluk). Tidak layak Allah ditanya dengan "di mana" kerana di mana menunjukkan tempat dan "bila" kerana ia menunjukkan masa. Sila rujuk video di bawah.
  10.  
  11. {Huraian saya}
  12.  
  13. 1. Jika dikatakan Allah di langit maka bertentangan dengan ayat ini kerana Allah menyatakan Dia Tuhan di langit dan di bumi. Apakah Allah ada dua? Maka pandangan yang mendakwa Allah di langit atau di bumi atau di 'arasy semua terbatal. Oleh sebab itu ulama' ahlussunah mengkategorikan ayat sebegini sebagai ayat mutasyabihah. Kerana hakikatnya tiada bagi Allah tempat.
  14.  
  15. 2. Allah tidak berhajat kepada makhluk tetapi makhluklah yang berhajat kepada Allah SWT. Inilah yang terkandung di dalam kalimah syahadah {لا اله الا الله} sepertimana yang dijelaskan oleh Imam al-Sanusi iaitu Abu Abdillah Muhammad Bin Yusuf as-Sanusi al-Hasani Rahimahullah (895H) pengarang kepada kitab akidah yang masyhur iaitu umm al-Barahin yang menjelaskan prinsip akidah ahlussunnah wal jamaah yang dinisbahkan kepada al-'Asyaairah wa al-Maturidiyyah.
  16.  
  17. 3. Kata beliau;
  18. ويجمعُ معاني هذه العقائد كلها قول لا إله إلا الله محمد رسول الله إذ معنى الألوهية استغناء الاله عن كل ما سواه وافتقارُ كل ما عداه إليه
  19.  
  20. Maksudnya : Dikumpulkan makna akidah-akidah ini semuanya pada perkataan La ilaha illallah Muhammadurrasulullah kerana makna uluhiyyah ialah terkaya (tiada berhajat) Tuhan kepada yang lain daripadaNya dan berhajat segala sesuatu selainNya (Allah) kepadaNya.
  21.  
  22. 4. Dijelaskan di dalam kitab al-'Aqaaid ad-Duriyyah syarah kepada matan as-Sanusiyyah oleh al-Ustaz al-Kamil as-Syeikh Muhammad al-Hashimi (salah seorang ulama' al-azhar as-Syarif) (m/s 22 dan 23) pada mensyarahkan makna sifat qiamuhu binafsih (tidak berhajat kepada yang lain) : dalil yang menetapkan qiamuhu Ta'ala binafsih dengan maksud tiada berhajat kepada tempat dan pencipta. Jika Allah berhajat kepada tempat (zat) maka jadilah Allah itu sifat kerana tidak berhajat kepada tempat itu kecuali sifat.
  23.  
  24. 5. Pada hakikatnya prinsip akidah ahlussunnah sangat jelas iaitu Allah tidak bertempat. Kemudian datang syubuhah (keraguan) daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab membawa masuk fahaman mujassimah dan musyabbihah yang telah ditolak oleh ulama' Ahl al-Sunnah suatu ketika dulu.
  25.  
  26. 6. Begitulah yang kita lihat pada hari ini. Mereka yang mendabik dada di atas akidah salaf telah terpengaruh dengan fahaman mujassimah dan musyabbihah. Mereka ini pada suatu masa dahulu golongan yang sangat membenci Abu Hassan al-'Asyaari kerana beliau (Imam al-'Asyaari) merupakan wira Ahl al-Sunnah yang menentang akidah yang sesat lagi menyesatkan kaum mujassimah atau musyabbihah.
  27.  
  28. 7. Maka dengan kebenciaan itu, golongan mujassimah merubah kitab dan memfitnah Imam Abu Hassan al-'Asyaari Rahimahullahu Ta'aala yang telah ijmak (sepakat) oleh sekalian ulama' Islam zaman berzaman adalah tokoh yang menyusun (الواضع) prinsip akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah sepertimana yang tersebut di dalam المبادئ العشرة (prinsip yang 10) ilmu usuluddin.
  29.  
  30. 8. Berkata Al-Imam Al-Hafidz Ibnu Hajar al-'Asqalani Rahimahullah di dalam kitab Fath al-Bari syarah Sahih al-Bukhari dalam menjelaskan prinsip akidah ahlussunnah wal jama'ah.
  31.  
  32. أهل السنة فسروا التوحيد بنفي التشبيه والتعطيل
  33.  
  34. Ahlu sunnah mentafsirkan tauhid dengan menafikan tasybih (ada keserupaan Allah dgn makhluk iaitu akidah wahabi/mujassimah/musyabbihah) dan ta'thil (menafikan sifat bagi Allah iaitu akidah muktazilah).
  35.  
  36. 9. Wahhabi memfitnah Imam al-Syafie berakidah Allah bertempat. Kita lihat apa kata Imam al-Syafie رضي الله تعالى عنه yang dinukilkan di dalam kitab al-Kaukab al-Azhar syarah al-fqhul akbar m/s 79 cetakan al-Maktabah al-Tijariyyah Mustofa Ahmad al-Baz Makkah al-Mukarramh. Kata beliau di bawah tajuk as-syarhu qaul Allah Ta'ala ar-Rahman 'ala al-'arsy istawa.
  37.  
  38. Sahabat-sahabatku!
  39.  
  40. 10. Akidah adalah perkara yang paling penting. Kita tidak boleh memandang remeh kerana ia menentukan sah atau tidak amalan kita sepertimana firman Allah SWT ;
  41.  
  42. ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الآخرة من الخاسرين
  43.  
  44. Maksudnya : "Sesiapa yang memilih selain Islam sebagai agama maka tidak sesekali akan diterima daripadanya dan dia di akhirat tergolong daripada kalangan orang yang rugi". (ali-'Imran 85).
  45.  
  46. 11. Imam Maalik Rahimahullah pernah menyatakan ;
  47.  
  48. لا تصح العبادة إلا بمعرفة المعبود
  49.  
  50. "Tidak sah ibadah kecuali dengan mengenali siapa yang disembah".
  51.  
  52. 12. Akidah merupakan penentu kepada amalan kita diterima oleh Allah SWT. Jika rosak akidah maka rosaklah amalan kita seumpama sebatang pokok yang mati akarnya nescaya akan matilah batang dan cabang-cabangnya.
  53.  
  54. 13. Semoga Allah memelihara kita daripada akidah yang faasidah (rosak) dan tetap di atas akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah yang telah dinisbahkan kepada al-'Asyaairah Wa al-Maturidiyyah sepertimana perkataan Imam al-Zabidi empunya Mukhtasor Sahih al-Bukhari ;
  55.  
  56. إذا أطلق اهل السنة فالمراد بهم اﻷشاعرة والماتردية
  57.  
  58. "Apabila disebut ahlussunnah maka murad (maksud) dengan mereka (ahulusunnah) ialah al-'Asyaairah dan al-Maaturidiyah".
  59.  
  60. Artikel lama bernafas baru,
  61. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  62. BA (Hons) Usuluddin Akidah dan Falsafah
  63. Universiti Al-Azhar Mesir.
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement