Advertisement
ak47suk1

Wahhabi dalam Senjata Syariat

Mar 10th, 2016
104
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 2.47 KB | None | 0 0
  1. #‎Kitab‬ Senjata Syariat di bawah, membuktikan bahawa isu penentangan kepada fahaman Wahhabi di tanah Melayu bukan isi baru. Justeru, perjuangan menentang fahaman Wahhabi adalah kesinambungan perjuangan para ulama' kita untuk mempertahankan aliran yang benar berpaksikan kepada perjalanan Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah dan para ulama kita.
  2.  
  3. ‪#‎Oleh‬ sebab ini, Wahhabi sangat membenci institusi pondok dan kitab-kitab jawi para ulama' kita bahkan juga kitab-kitab turath arab para ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah kerana jika kita menelusuri kitab-kitab turath jawi mahupun arab kita akan menemui hakikat kebenaran tentang Wahhabi yang cuba ditutup oleh mereka dengan pelbagai branding dan approach.
  4.  
  5. ‪#‎Wahhabi‬ menipu umat Islam ialah dengan memfitnah bahawa kitab-kitab ulama kita banyak bid'ah. Hadith tidak sahih. Ulama' tidak maksum tetapi memaksa umat Islam mengikut apa yang mereka faham tentang agama sedangkan mereka bukan ulama'.
  6.  
  7. ‪#‎Bermodalkan‬ slogan retorik kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah mereka menafikan huraian dan kefahaman para ulama' dan mengambil kefahaman dan huraian tokoh-tokoh Wahhabi yang telah ditolak oleh para ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah zaman berzaman.
  8.  
  9. ‪#‎Saya‬ selalu bergurau dengan Wahhabi apabila mereka mengatakan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah maka saya berkata "kembali ni bagi mereka yang sesat. Kalau tidak sesat mengapa perlu kembali?" Ibarat kata kita "kembali ke pangkal jalan". Kebiasaannya Wahhabi akan meroyan tahap dewa dengan gurauan ini. Kalau tak percaya cubalah. 😬
  10.  
  11. ‪#‎Ingat‬! Wahhabi adalah suatu aliran yang menyimpang daripada jumhur para ulama' Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah dengan pendekatan ekstrimis dengan formula 4T berikut ;
  12.  
  13. -] Takfir (mengkafirkan umat Islam)
  14. -] Tasyrik (mengsyirikkan umat Islam)
  15. -] Tabdi' (membid'ahkan umat Islam)
  16. -] Tajsim/Tasybih (mengjisimkan Allah dan menyamakan Allah dengan makhluk)
  17.  
  18. ‪#‎Persoalan‬ mengapa Imam Ibn Taimiyyah Rahimahullahu Ta'ala terkait dengan doktrin dan fahaman Wahhabi? Kerana Muhammad bin Abdul Wahhab terpengaruh dengan kitab-kitab Ibn Taimiyyah dan anak muridnya Ibnu al-Qayyim yang telah ditolak dengan kesepakatan (ijmak) ulama' 4 mazhab. Bahkan Muhammad bin Abdul Wahhab menjadikan perkataan dan pandangan keduanya seumpama Al-Quran dan As-Sunnah yang tidak dapat dibantah. Sama dengan Wahhabi yang ada pada hari ini di Malaysia mahupun di Arab.
  19.  
  20. Ulama kita panduan kita,
  21. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  22. Universiti Al-Azhar Mesir
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement