Advertisement
ak47suk1

dalil talkin

Apr 21st, 2016
107
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.54 KB | None | 0 0
  1. Bid'ah dholalah ke bila ada dalil drpd sunnah?
  2.  
  3. عن أبي أمامة: إذا أنا مت فاصنعوا بي كما أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نصنع بموتانا: امرنا رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال: إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره، فليقم أحدكم على رأس قبره، ثم ليقل: يا فلان بن فلانة فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله ولا تشعون فليقل: اذكر ما كنت عليه من دار الدنيا من شهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا عبده ورسوله، وإنك رضيت بالله ربا، وبالإسلام دينا، وبمحمد نبيا، وبالقرآن إماما، فإن منكرا ونكيرا يأخذ كل واحد منهما بيد صاحبه فيقول: إنطلق بنا ما يفيدنا عند من قد لقن حجته، فقال رجل: يا رسول الله، فإن لم يعرف أمه؟ قال: ينسبه إلى أمه حواء: يا فلان بن حواء.
  4.  
  5. Ertinya: dari Abu Umamah r.a katanya: apabila saya meninggal dunia, maka lakukanlah untukku sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami untuk melakukannya terhadap orang-orang yang mati di antara kami dengan sabdanya “Apabila meninggal dunia salah seorang dari saudara-saudara kamu, kalau kamu ratakan tanah di atas kuburnya maka hendaklah salah seorang daripada kamu bangkit berdiri pada bahagian kepala kuburnya. Kemudian hendaklah dia berkata: wahai Fulan bin Fulanah, sesungguhnya orang yang mati mendengarnya tetapi tidak menjawabnya. Kemudian dia berkata lagi: wahai Fulan bin Fulanah, sesungguhnya orang mati itu berkata: tunjukkanalah kami nescaya Allah mengasihanimu, hanya kamu tidak merasakannya. Maka orang yang berdiri itu hendaklah berkata kepada orang yang mati itu: ingatlah apa yang pernah kamu lakukan selama hidup di dunia, seperti kesaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan rasul-Nya, dan bahawasanya engkau redha bahawa Allah adalah tuhanmu, Islam adalah agamamu, Muhammada sebagai nabimu dan al-Quran sebagai Imammu. Sesungguhnya Munkar dan Nakir, setiap satu daripadanya menarik tangan temannya sambil berkata: marilah kita pergi menghindar dari tempat kita disisi orang yang telah diajar hujjah. Berkatalah seorang lelaki (setelah mendengar sabda Rasulullah s.a.w): Jika tidak diketahui nama ibunya? Baginda menjawab: Dinisbahkan kepada ibunya, Hawa. (Riwayat at-Thabarani)
  6.  
  7. عَنْ ضَمْرَةَ بْنِ حَبِيْبٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَحَدُ التَّابِعِيْنَ قَالَ: كَانُوْا يَسْتَحَبُّوْنَ إِذَا سُوِّيَ عَلَى الْمَيِّتِ قَبْرُهُ وَانْصَرَفَ النَّاسُ عَنْهُ اَنْ يَقُوْلَ عِنْدَ قَبْرِهِ: يَا فُلاَنُ قُلْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ. يَا فُلاَنُ قُلْ رَبِّيَ اللهُ وَدِيْنِيْ الإِسْلاَمُ وَنَبِيِّيْ مُحَمَّدٌ.
  8.  
  9. Ertinya: Daripada Dhamrah bin Habib r.a. iaitu salah seorang tabi'in, katanya: Mereka menyukai apabila tanah perkuburan mayat telah di ratakan, dan ketika orang ramai beredar bahawa dikatakan pada kuburnya: "Wahai fulan, katakanlah Laa Ilaaha Illallah, tiga kali. Wahai fulan, katakanlah Tuhanku adalah Allah. Agamaku adalah Islam. Nabiku ialah Muhamad.
  10. (Diriwayatkan oleh Sa’id bin Mansur)
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement