Advertisement
ak47suk1

kenapa ramai pilih wahhabi

Feb 13th, 2016
99
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 4.18 KB | None | 0 0
  1. Soalan : Kenapa ramai yang memilih aliran Wahhabi especially anak muda dan Muallaf.
  2.  
  3. Jawapan hamba yang dhaif.
  4.  
  5. 1] Kerana ia "Mudah". Hanya satu perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan manhaj Wahhabi. Ya Islam itu mudah tetapi bermudah-mudah dengan agama dan ilmunya adalah suatu jenayah mandatori yang boleh menghancurkan syariat Islam.
  6.  
  7. 2] Mudah kerana Wahhabi tidak perlu mengaji banyak kitab, ramai guru dan panjang tempoh masa. Sebulan atau kurang sudah cukup untuk menjadikan kalian lebih alim daripada ulama' mujtahid dengan hanya mendapatkan bahan-bahan bacaan daripada Internet. Menonton youtube sambil goyang kaki berseluar pendek, mengunyah kuaci sudah dapat menguasai ilmu mereka. Hakikatnya ia hanya sekadar maklumat bukan ilmu.
  8.  
  9. 3] Mudah kerana tidak perlu hafal Al-Quran dan Al-Hadith. Tidak perlu hafal matan-matan kitab mencakupi semua cabang ilmu Islam atau menguasai ilmu bahasa arab nahu, soraf, balaghah, usul fiqh, ulum al-Quran, ulum al-Hadith etc. Tidak perlu hafal zikir, tahlilan, selawatan, wiridan, doa. Hanya perlu hafal perkataan "bid'ah" sudah cukup. Kerana ketikamana kalian dapat menuturkan perkataan "bid'ah" maka tuan-tuan akan terus dikira pejuang sunnah.
  10.  
  11. 4] Mudah kerana tidak perlu terikat kepada mazhab fiqh. Kalian boleh memilih sesuka hati pandangan ulama' yang kalian rasa kuat di sisi kalian. Sebenarnya bukan di sisi kalian pun tetapi di sisi ustaz kalian yang mengatakan pandangan ini kuat dan pandangan ini lemah. Masih taqlid tetapi perasan mujtahid.
  12.  
  13. 5] Mudah kerana kalian boleh jadi mujtahid dalam masa beberapa hari. Mujtahid dalam ertikata meguasai kesemua cabang ilmu Islam dan layak mengeluarkan hukum secara langsung daripada kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Hakikatnya level muqallid belum tentu lepas. Kerana untuk menjadi muqallid sekurang-kurangnya khatam satu kitab muktamad mazhab yang kalian ikuti.
  14.  
  15. 6] Mudah kerana tidak perlu menyibukkan diri dengan ilmu tasawwuf untuk menyucikan hati daripada riyak, takabbur, sum'ah, ujub, ananiah etc. Ilmu ini adalah ilmu yang paling luas dan sukar. Imam al-Ghazali mengatakan tidak ada batas fardhu 'ain untuk ilmu ini. Wajib mendalaminya sehingga mati. Dikhuathiri mereka yang mati tanpa mengambil berat akan ilmu ini akan mati dalam nifak.
  16.  
  17. 7] Mudah kerana sunnah pada mereka ialah membiarkan janggut yang tidak perlu dibaja. Menyingkatkan seluar yang tidak perlu meter kain yang lebih. Membiarkan kepala terbuka tanpa memakai kopiah atau serban kerana ia bukan sunnah yang disyariatkan. Sunnah pada mereka juga ialah meninggal memperbanyakkan zikir meninggal memperbanyakkan selawat, meninggal memperbanyakkan solat sunat kerana semuanya tidak ada dalil khusus daripada Nabi.
  18.  
  19. 8] Mudah kerana kalian hanya perlu mementingkan tangan di atas dada, menggerakkan jari ketika tahiyyat dan kalian melupakan hati kalian yang tidak pernah merasai khusu' dan khudu' ketika beribadah kepada Allah SWT.
  20.  
  21. 9] Mudah kerana kalian hanya perlu fokus kepada ibadah yang wajib sahaja. Ibadah sunat yang mendekatkan diri dengan Allah sepertimana di dalam hadith qudsi tidak perlu diberati kerana tiada dalil khusus.
  22.  
  23. 10] Mudah kerana tidak perlu mempraktikkan sunnah akhlak Nabi SAW. Boleh mencela sesiapa sahaja yang menyalahi pegangan mereka. Penghormatan hanya pada ustaz mereka dan ulama' yang menyalahi mereka adalah musuh sunnah. Kematian mereka adalah kemenangan kepada sunnah.
  24.  
  25. 11] Akhirnya saya tinggalkan dengan dua bait syi'ir Imam al-Syafie untuk renungan bersama. Inilah di antara perkataan pertama yang dihafal penuntut ilmu di Al-Azhar dan pondok-pondok pasentren ;
  26.  
  27. اَلاَّ لاَ تَناَلُ اْلعِلْمَ إِلاَّ بِسِتَّةٍ سَأُنْبِيْكَ عَنْ مَجْمُوْعِهَا بِبَيَانٍ
  28.  
  29. ذَكاَءٍ وَحِرْصٍ وَاصْطِباَرٍ وَبُلْغَةٍ وَإِرْشَادِ أُسْتَاذٍ وَطُوْلِ زَمَانٍ
  30.  
  31. "Ingatlah! Engkau tidak akan mendapatkan ilmu kecuali dengan memenuhi 6 syarat. Saya akan beritahu keseluruhannya secara terperinci. 1)Kecerdasan 2)Ketamakan (rakus akan ilmu) 3)Kesabaran 4)Perbelanjaan (harta dan masa) 5)Bimbingan guru 6)Tempoh waktu yang lama."
  32.  
  33. Khuwaidim al-Ilm al-Syarif,
  34. Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
  35. Universiti Al-Azhar Al-Syarif
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement