Advertisement
Guest User

Untitled

a guest
Dec 19th, 2014
192
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 3.24 KB | None | 0 0
  1. Assalamualaikum dan hai anda bersama saya Nisa dan mari kita lihat apakah berita dalam dan luar negara yang menarik sepanjang minggu ketiga Disember 2014 ini.
  2.  
  3. Minggu ini dimulakan dengan pelancaran peranti terbaru daripada Huawei iaitu Honor 6 Plus yang membawakan fungsi dwi-kamera pada bahagian belakang. Peranti ini membawakan skrin bersaiz 5.5-inci, cip pemprosesan Kirin 925, memori 3GB RAM, dan hadir dengan sokongan LTE. Bersama-sama dengannya pihak Huawei turut tampil dengan peranti Honor 4X yang didatangkan dengan skrin 5.5-inci berserta cip pemprosesan 64-bit, Kirin 620.
  4.  
  5. Turut tidak ketinggalan BlackBerry juga hadir dengan peranti baru pada minggu ini menerusi BlackBerry Classic yang hadir dengan papan kekunci dan sokongan trackpad. Menurut pihak Blackberry, peranti ini menawarkan masa bertahan bateri 50% lebih lama, dan pelayaran web lebih 3 kali ganda pantas berbanding BlackBerry Bold 9900. Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin bersaiz 3.5-inci, cip Snapdragon S4 Plus, memori 2GB, kamera 8MP, dan sistem operasi BlackBerry 10.3.1.
  6.  
  7. Pihak OnePlus minggu ini telah mengumumkan power bank daripada mereka sendiri yang membawakan kapasiti 10,000 mAh selain mereka juga menghadapi masalah dari segi penggunaan ROM CyanogenMod di India. Melalui masalah ini, pihak OnePlus mengambil inisiatif untuk membangunkan ROM mereka sendiri dan mengadakan pertandingan untuk menamakan Custom ROM tersebut kepada orang ramai.
  8.  
  9. Disamping itu, pihak Microsoft kini telah membuka perkhidmatan Sway kepada semua pengguna dalam memudahkan anda membuat pemsembahan slideshow dengan rekaan ringkas dan menarik. Selain itu, mereka juga memperkenalkan aplikasi Gestures Beta untuk Windows Phone bagi membolehkan pengguna berinteraksi dengan peranti tanpa menyentuh skrin. Bercakap mengenai Windows Phone, kemaskini Lumia Denim kini telah sedia dimuat-turun untuk pengguna tempatan yang mula diedarkan kepada pengguna Nokia Lumia 520.
  10.  
  11. Instagram pada minggu ini dilihat telah menambah 5 filter baru pada aplikasi mereka menerusi filter Slumber, Crema, Ludwig, Aden dan Perpetua. Bersama-sama dengan kemaskini terbaru Instagram, mereka turut membolehkan pengguna menguruskan filter pada aplikasi berkenaan, dan menyusunnya mengikut apa yang disukai pengguna.
  12.  
  13. Minggu ini pihak Opera hadir dengan kemaskini pada aplikasi Opera Coast untuk iPad dan iPhone yang mana kini menyertakan fungsi “Discover” dan “Turbo” padanya. Selain Opera, aplikasi FourSquare telah diperkenalkan untuk iPad bagi memudahkan pengguna mencari tempat-tempat menarik di sekitar mereka.
  14.  
  15. Di Malaysia, kamera premium Samsung NX1 telah dilancarkan secara rasmi yang mana boleh didapati bermula RM4699. Kamera ini hadir dengan sensor 28-megapixel APS-C BSI CMOS, skrin viewfinder bersaiz 3-inci, sokongan rakaman video 4K serta sokongan Bluetooth dan WiFi.
  16.  
  17. Bagi menutup tirai Mingguan Amanz minggu ini, akhirnya pihak LG Malaysia telah menawarkan LG G3 dengan harga RM1699. Peranti ini membawakan skrin 5.5-inci pada resolusi 2K, cip pemprosesan Snapdragon 801, memori 3GB RAM, dan kamera 13MP. Disamping itu mereka turut sama menawarkan LG G3 Stylus yang membawakan spesifikasi pertengahan dengan penggunaan stylus pada harga RM799. Kedua-dua peranti ini akan ditawarkan secara rasmi sebelum menjelang hari natal.
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement