Not a member of Pastebin yet?
Sign Up,
it unlocks many cool features!
- Reply to : http://buasirotak.blogspot.com/2015/08/malaysia-perlu-jadikan-bahasa-inggeris.html
- ----------------------------------------------------------------------------------------------
- Pada pandapat saya sendiri ni bukan masalah bahasa tapi masalah sikap.
- Pada mulanya harus menjawab soalan mudah ini : Kenapa BI sangat popular?
- Jawapan : BI adalah bahasa penghantar bagi golongan yang sangat berpengaruh dalam dunia iaitu USA.
- Kenapa mereka berpengaruh? kerana mereka banyak menyumbang kepada pembangunan dunia.
- Lihat ahli2 akademik dan falsafah banyak yang berasal dari sana.
- Ahli2 akademik teras (fizik,biologi,kimia,matematik) mereka banyak menyumbang teori2
- dan kajian untuk cuba merungkai dan menjelaskan fenomena alam yang seterusnya dalam masa
- berpuluh tahun akan datang akan melahirkan teknologi baru.
- Mereka sudahpun berjaya menghantar probe ke serata sistem solar : marikh (rover) pluto dsb..
- melalui agensi NASA.Mereka telahpun membina kapal angkasa (ISS) yang mengorbit bumi
- (ISS dimiliki secara kongsi oleh berberapa buah negara termasuk US)
- Ahli fizik Sir Isaac Newton mempelopori bidang kajian terhadap fenomena alam yang dikenali
- sebagai graviti.Kajian beliau membawa kepada postulasi 'Newton First Law' (antara banyak yang lain)
- yang sehingga kini masih dijadikan sebagai bahan dalam buku teks pelajar fizik di seluruh dunia.
- Adakah wujud pengkaji dan ahli fizik di Malaysia yang mampu mengkaji dan menerbitkan hasil seperti beliau?
- jika ada pasti akan wujud "Undan-undang pertama Abu"' atau "Teori relativiti Senah" (Nota : Albert Einstein
- asalnya adalah seorang German kemudian menukar nationaliti kepada US) yang kemudian akan terpaksa digunakan
- oleh pengkaji lain dari seluruh dunia dan dicetak dalam buku teks pelajar di seluruh dunia.
- Namun, tidak dilupakan juga sumbangan pengkaji dari negara yang lain baik dari bidang fizik ataupun bidang
- pembangunan lain.Mereka juga sering berkolaborasi antara negara untuk meneruskan kajian dan membina di atas
- kajian para saintis sebelum mereka (Contoh : LED biru pertama dicipta oleh 3 orang ahli fizik dari Jepun dan
- dibina di atas penciptaan LED oleh 2 orang ahli fizik US dan seorang dari Rusia)
- Teknologi juga banyak diasaskan di sana.Internet,Komputer,malah platform blogger ni pun dicipta oleh mereka.
- Justeru tak hairanlah satu dunia mahu menggunakan BI untuk menyerap ilmu dan berinteraksi dengan bangsa
- yang banyak ilmu tersebut.
- Malah dalam bidang hiburan pun mereka menguasai industri hiburan dunia.Budaya mereka secara perlahan-lahan
- diserap masuk ke negara lain yang menjadi konsumer kepada budaya ini.
- Kemudia kita tanya soalan kedua : Apakah sumbangan bangsa Malaysia/Melayu kepada dunia?
- Jawapan : Tiada.
- Game over.
- Mahu memartabatkan Bahasa Melayu? mahu satu dunia menggunakan BM sebagai bahasa tuturan?
- mahu berbanga dengan bangsa yang mentuturkan BM? berikan sumbangan kepada dunia.Tidak semestinya
- hanya kepada perkara duniawi, tetapi jika dapat mempelopori bidang baru dan merungkai ilmu
- baru untuk menyumbang kepada sekelian makhluk yang dinamakan manusia pun sudah memadai.
- Hakikatnya tiada guna bersorak "hidup melayu" "ini warisan kita" "ini tanah kita" jika apa yang
- kita pertahankan itu tiada nilai.Ibarat tidak mahu memandu kereta import yang baik kerana di garaj
- kita masih ada kereta usang dan rosak yang diwarisi dari nenek moyang.Jika betul sayang kepada kereta
- lama tadi, baikilah ia semula, jagalah ia dengan elok dan jadikan ia sebagai kerata yang kita boleh
- banggakan.
- Nota : Buang yang keruh, ambil yang jernih.Contohi keggigihan mereka dalam mengkaji bumi tuhan tapi janganlah
- mencontohi mereka dalam hiburan atau segala jenis perkara yang berunsur negatif.
- First on BO
- -TanpaNenas
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment