Advertisement
ak47suk1

bermazhab jalan salaf

Apr 26th, 2016
196
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 2.99 KB | None | 0 0
  1. #‎ASWJ‬
  2. Tuan mazhab apa?
  3.  
  4. ‪#‎Wahhabi‬
  5. Kami ikut Al-Quran dan As-Sunnah.
  6.  
  7. #ASWJ
  8. Ikut Al-Quran dan As-Sunnah ikut kefahaman siapa?
  9.  
  10. #Wahhabi
  11. Kefahaman Ulama' salaf.
  12.  
  13. #ASWJ
  14. Ulama' Salaf yang mana?
  15.  
  16. #Wahhabi
  17. Salaf yang hidup 300 tahun hijrah yang pertama.
  18.  
  19. #ASWJ
  20. Jadi Tuan hidup pada zaman salaf?
  21.  
  22. #Wahhabi
  23. Tidak, kami ikut ulama yg ikut salaf.
  24.  
  25. #ASWJ
  26. Jadi darimana datangnya kefahaman salaf yang tuan ikuti sedangkan tuan tidak hidup pada zaman salaf dan tuan menolak majoriti ulama' khalaf yang meneruskan kesinambungan ilmu salaf secara bersambung (muttasil) di dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah?
  27.  
  28. #Wahhabi
  29. Kami ikut Imam Ibn Taimiyyah, Imam Ibn al-Qayyim, Sheikh al-Albani, Sheikh bin Baz, Sheikh Solleh Uthaimin dan ulama-ulama sunnah.
  30.  
  31. #ASWJ
  32. Mula-mula kata ikut Al-Quran dan As-Sunnah tak ikut mazhab maksudnya tak ikut ulama' sebab mazhab ialah tempat berjalan atau aliran seseorang ulama' di dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah.
  33.  
  34. ‪#‎Tapi‬ bila ditanya rupanya mengaku ikut ulama' juga di dalam nak memahami makna Al-Quran dan As-Sunnah bukan faham direct daripada Al-Quran dan As-Sunnah seperti dakwaan pertama. Kefahaman ulama' salaf dakwaan mereka juga bukan diambil direct daripada salaf sebab mereka tak hidup zaman salaf. Jadi mereka ambil kefahaman daripada siapa?
  35.  
  36. ‪#‎Jawapannya‬ tidak lain tidak bukan ialah daripada Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, Muhammad b Abdul Wahhab, Bin Baz, Uthaimin, Al-Albani dan minoriti tokoh yang ditolak di dalam Islam.
  37.  
  38. ‪#‎Ke‬ mana perginya ribuan para ulama' mujtahid Islam yang besar-besar selain ulama pujaan mereka selepas daripada zaman salaf yang mana asbab mereka sampainya ilmu dan kefahaman Al-Quran dan As-Sunnah kepada kita pada hari ini?
  39.  
  40. ‪#‎Apakah‬ seramai-ramai ulama' Islam yang ada hanya Ibn Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab dan beberapa orang tokohsahaja yang benar kefahaman agama dan bertepatan dengan sunnah?
  41.  
  42. ‪#‎Perhatikan‬ tahun kelahiran ulama' mereka dan ulama' mazhab ikutan kita?
  43.  
  44. {Imam ikutan ASWJ}
  45.  
  46. Imam Hanafi 80H
  47. Imam Malik 93H
  48. Imam Syafie 150H
  49. Imam Ahmad 164H
  50. Imam Abu Hassan al-Asya'ari 240H
  51.  
  52. {Imam ikutan Wahhabi}
  53.  
  54. Ibnu Taimiyyah 661H
  55. Muhammad Bin Abdul Wahhab 1115H
  56. Ibn Baz 1330H
  57. Al-Albani 1333H
  58. Uthaimin 1347H
  59.  
  60. ‪#‎Jika‬ Wahhabi kata kami ikut Al-Quran dan As-Sunnah maknanya mereka sedang menipu kerana tanpa huraian para ulama' bagaimana nak faham Al-Quran dan As-Sunnah?
  61.  
  62. #Jika Wahhabi kata ikut salaf mereka juga menipu kerana Imam 4 adalah salaf. Mazhab mana yang mereka ikut?
  63.  
  64. #Jika mereka kata kami tak taqlid mana-mana ulama' mereka lagi menipu kerana mereka mengambil huraian daripada ulama-ulama mereka yang kita nyatakan tadi. Mereka bukan salaf.
  65.  
  66. ‪#‎Bermazhab‬ itulah sebenarnya mengikut jalan salaf bukan hanya mendakwa mengikut salaf tetapi hakikatnya tokoh-tokoh panutan mereka adalah yang ditolak di dalam sejarah Islam oleh kesepakatan para ulama Ahl al-Sunnah Wa al-Jama'ah.
  67.  
  68. Pejuang Mazhab Salaf,
  69. Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement