Advertisement
Guest User

Untitled

a guest
May 3rd, 2012
1,724
0
Never
Not a member of Pastebin yet? Sign Up, it unlocks many cool features!
text 8.09 KB | None | 0 0
  1. 8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian
  2. Terdapat beberapa kepentingan perniagaan runcit pasar malam yang diadaka di Taman Desa Damai, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
  3. Antaranya ialah menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk di situ. Sebahagian penduduk melakukan kerja sambilan di pasar malam itu sebagai peniaga dan penjual. Di situ juga terdapat pelajar sekolah yang menolong ibu bapa bekerja. Amalan menghormati ibu bapa dapat dipupuk dalam kalangan anak-anak.
  4. Selain itu, pasar itu dapat memudahkan penduduk tempatan membeli barangan. Penduduk berasa senang kerana tidak perlu pergi ke pasar raya untuk membeli buah-buahan dan sayur0-sayuran. Mereka hanya perlu pergi ke pasar malam untuk membeli barangan tersebut.
  5. Di samping itu, pasar malam banyak menyediakan barangan yang segar. Penduduk tempatan dapat membeli buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih segar berbanding dengan yang dijual di pasar raya. Dengan ini kita dapat menafikan bahawa peniaga di situ bersikap sederhana. Mereka tidak mementingkan diri sendiri sahaja.
  6. Akhir sekali, kos pengguna serta peniaga dapat dijimatkan. Pengguna dapat menjimatkan kos minyak kerana mereka tidak perlu ke pasar raya yang lebih jauh untuk membeli barangan. Dari segi peniaga, kos sewa gerai-gerai di pasar malam adalah murah. Kos air dan kos elektrik yang dibayar oleh mereka juga rendah. Dengan ini, nilai berjimat-cermat dapat disemai dalam kalangan masyarakat.
  7.  
  8.  
  9.  
  10.  
  11.  
  12.  
  13. 8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian
  14. Pasar malam Taman Desa Damai, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Pulau Pinang telah dipengaruh dengan beberapa faktor penting. Antara factor utama adalah kerjasama governan. Hal ini demikian kerana MPSP yang memberikan kebenaran unutk menjadikan Jalan Nangka sebagai tapak pasar malam pada setiap hari Isnin dan peniaga-peniaga tidak perlu membayar sewa yang tinggi. Dari segi ini, kita dapat melihat sikap ambil berat governan terhadap penduduk.
  15. Seterusnya, pasaran tempatan yang baik telah mempengaruhi perniagaan runcit diadakan kerana bilangan ornag telah mengunjung ke pasar malam tersebut untuk membeli barang keperluan harian semakin meningkat dan persekitaran kawasan pasar malam dikilingi taman-taman. Contohnya penduduk dari Taman Desa Damai, Taman Gemilang Ria, Taman Mangkok dan Taman Mutiara. Dengan ini, kegiatan ekonomi di negara kita akan semakin maju. Oleh itu, penduduk tempatan dan peniaga berasa syukur kerana dapat membeli barangan dengan mudah dan mempunyai tempat untuk menjalankan perniagaan.
  16. Peranan persatuan penduduk juga penting untuk mempengaruhi pasar malam Taman Desa Damai. Hali ini dikatakan demikian kerana sewaktu mengadakan temu bual dengan Dr. Kanalingan, saya mendapati bahawa beliau telah mempertimbangkan aduan-aduan yang dibuat oleh penduduk dan mengatasi masalah yang timbul dengan efektif. Dengan ini, kita dapat melihat sikap beliau yang bertanggungjawab untuk membantu penduduk yang menghadapi masalah.
  17.  
  18. Lebih-lebih lagi, pertambahan penduduk juga merupakan satu faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit kerana penduduk yang semakin banyak, keperluan juga akan meningkat. Melalui temu bual dengan Dr. Kanalingan, saya mendapati bahawa penduduk di sekeliling pasar malam semakin bertambah dan pasar malam telah menjadi tumpuan penduduk. Tambahan pula, pengunjung pasar malam yang terdiri daripada penduduk yang datang dari pelbagai taman akan menjamin hubungan antara satu sama lain dengan lebih erat.
  19.  
  20.  
  21.  
  22.  
  23.  
  24.  
  25. 8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian
  26. Terdapat kesan-kesan negatif yang telah mempengaruhi pasar malam di Taman Desa Damai, 14000 Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Kesan yang pertama ialah persaingan dengan kedai runcit tempatan. Penduduk-penduduk tempatan di Taman Desa Damai akan membandingkan pasar malam yang hanya pada hari Isnin dan kedai-kedai runcit yang sentiasa membuka kecuali hari cuti. Mereka akan bertanding untuk mendapatkan pelanggan yang lebih banyak. Bagi yang lebih teruk, mereka akan bergaduh dan merosakkan hubungan antara satu sama lain.
  27. Pencemaran udara dan alam sekitar juga akibat yang serius dalam pasar malam ini. Pegunjung yang bukan penduduk tempatan menggunakan kenderaan contohnya, kereta, motosikal, bas dan lain-lain datang ke pasar malam Taman Desa Damai. Asap-asap yang dikeluarkan oleh kenderaan-kenderaan ini boleh mencemarkan udara menjadi kotor. Pengunjung-pengunjung juga membuang sampah di tepi jalan pasar malam yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.
  28. Di samping itu, melalui pemerhatian saya, saya mendapati setiap hari Isnin, lalu lintas di Jalan Nangka, iaitu jalan yang mengadakan pasar malam Taman Desa Damai, 14000 Bukit Mertajam akan menjadi sesak dan sukar untuk meletakkan kereta atau mengambil kereta. Pengunjung yang makin banyak mengakibatkan kenderaan yang lebih banyak dan menyebabkan tempat untuk meletakkan kereta akan mengurang. Pengunjung yang tidak mempunyai tempat meletakkan kerata akan letakkan kereta mereka di lalu lintas jalan raya dan menyebabkan kereta lain susah melintas.
  29.  
  30. Akhirnya, terdapat sedikit barangan-barangan yang dijual di pasar malam Taman Desa Damai, 14000 Bukit Mertajam ialah tidak berkualiti. Melalui kaedah saya, iaitu temu bual, barangan yang sudah dibeli di pasar malam akan rosak selepas beberapa minggu sahaja. Ini menjadi masalah yang teruk kerana pengunjung-pengunjung hendak sentiasa membeli barangan itu yang baru.
  31. Kesemua maklumat di atas boleh dibuat secara ringkas di sebelah peta minda.
  32.  
  33.  
  34.  
  35.  
  36. 8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di Taman Desa Damai, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
  37. Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif barangan tidak berkualiti yang dijual oleh peniaga pasar malam ialah menguatkankuasa undang-undang. Pihak kerajaan mestilah mengambil tindakan seperti mengenakan hukuman yang berat dan mendenda peniaga yang membuat salah.
  38. Selain itu, melalui temu bual saya dengan Pak Tan Beng Cong, persaingan dengan kedai runcit merupakan kesan negatif yang telah mempengaruhi perniagaan runcit pasar malam di Taman Desa Damai. Dapat diselesaikan melalui pengawalan harga, pihak kerajaan harus setiasa memantau dan mengawal haraga barangan yang dijual di pasar malam bagi mengelakkan pembeli ditipu oleh peniaga di pasar malam.
  39. Di samping itu, bagi mengurangkan kesan negatif pencemaran bau yang serius di perniagaan runcit pasar malam di Taman Desa Damai ialah pihak berkuasa haruslah menyediakan kemudahahan asas di kawasan pasar malam supaya peniaga pasar malam dapat membuang sisa-sisa makanan dan sampah ke dalam tong sampah yang disediakan dan bukannya membuang sampah-sarap ke dalam longkang.
  40. Akhirnya, demi mengawal masalah kesesakan lalu lintas, peranan dan pemantauan PBT perlu dijalankan untuk menyelesaikanya. Pihak kuasa tempatan haruslah menghantar polis trafik untuk mengawal masalah kesesakan di pasar malam Taman Desa Damai setiap Isnin. Contohnya, polis trafik akan mengenakan hukuman ke atas sesiapa yang telah melanggar undang-undang jalan raya.
  41.  
  42. Nilai bertanggungjawab dapat dipelajari melalui sikap pihak berkuasa yang bertanggungjawab menjalankan peranan dengan sebaik-baiknya. Rajah aliran tentang salah satu cadangan untuk mengurangkan kesan negatif ada di sebelah muka surat.
  43.  
  44.  
  45.  
  46.  
  47.  
  48.  
  49. DIS IS 8.5 DE PETA MINDA, SENDIRI DRAW BOX
  50.  
  51.  
  52. Rajah aliran tentang cadangan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.
  53.  
  54. Pada setiap hari Isnin, kesesakan lalu lintas sering berlaku di kawasan pasar malam Taman Desa Damai kerana pengunjung pasar malam selalu meletakkan kereta dengan sesuka hati. Akibatnya, kesesakan lalu lintas sering berlaku di pasar malam Taman Desa Damai setiap Isnin.
  55.  
  56.  
  57.  
  58. Cadangan
  59. Peranan dan pemantauan PBT harus dijalankan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas. Polis trafik harus dihantar untuk mengawal masalah kesesakan lalu lintas di pasar malam Taman Desa Damai setiap Isnin oleh pihak berkuasa tempatan. Polis trafik juga akan mengenakan hukuman kepada sesiapa yang melanggar undang-undang jalan raya.
  60.  
  61.  
  62.  
  63. Akhirnya, kejadian kesesakan lalu lintas akan dikurangkan sekiranya dikawal oleh polis trafik.
  64. Oleh itu, kereta tidak akan menyekat lalu lintas.
Advertisement
Add Comment
Please, Sign In to add comment
Advertisement