Pastebin launched a little side project called VERYVIRAL.com, check it out ;-) Want more features on Pastebin? Sign Up, it's FREE!
Guest

Untitled

By: a guest on May 9th, 2012  |  syntax: None  |  size: 3.98 KB  |  views: 581  |  expires: Never
download  |  raw  |  embed  |  report abuse  |  print
Text below is selected. Please press Ctrl+C to copy to your clipboard. (⌘+C on Mac)
  1. 8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian
  2.    Pasar malam Taman Desa Damai, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Pulau Pinang telah dipengaruh dengan beberapa faktor penting. Antara factor utama adalah kerjasama governan. Hal ini demikian kerana MPSP yang memberikan kebenaran unutk menjadikan Jalan Nangka sebagai tapak pasar malam pada setiap hari Isnin dan peniaga-peniaga tidak perlu membayar sewa yang tinggi. Dari segi ini, kita dapat melihat sikap ambil berat governan terhadap penduduk.
  3.  Seterusnya, pasaran tempatan yang baik telah mempengaruhi perniagaan runcit diadakan kerana bilangan ornag telah mengunjung ke pasar malam tersebut untuk membeli barang keperluan harian semakin meningkat dan persekitaran kawasan pasar malam dikilingi taman-taman. Contohnya penduduk dari Taman Desa Damai, Taman Gemilang Ria, Taman Mangkok dan Taman Mutiara. Dengan ini, kegiatan ekonomi di negara kita akan semakin maju. Oleh itu, penduduk tempatan dan peniaga berasa syukur kerana dapat membeli barangan dengan mudah dan mempunyai tempat untuk menjalankan perniagaan.
  4. Peranan persatuan penduduk juga penting untuk mempengaruhi pasar malam Taman Desa Damai. Hali ini dikatakan demikian kerana sewaktu mengadakan temu bual dengan Dr. Kanalingan, saya mendapati bahawa beliau telah mempertimbangkan aduan-aduan yang dibuat oleh penduduk dan mengatasi masalah yang timbul dengan efektif. Dengan ini, kita dapat melihat sikap beliau yang bertanggungjawab untuk membantu penduduk yang menghadapi masalah.
  5.  
  6. Lebih-lebih lagi, pertambahan penduduk juga merupakan satu faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit kerana penduduk yang semakin banyak, keperluan juga akan meningkat. Melalui temu bual dengan Dr. Kanalingan, saya mendapati bahawa penduduk di sekeliling pasar malam semakin bertambah dan pasar malam telah menjadi tumpuan penduduk. Tambahan pula, pengunjung pasar malam yang terdiri daripada penduduk yang datang dari pelbagai taman akan menjamin hubungan antara satu sama lain dengan lebih erat.
  7.  
  8.  
  9.  
  10.  
  11. 8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian
  12. Terdapat kesan-kesan negatif yang telah mempengaruhi pasar malam di Taman Desa Damai, 14000 Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Kesan yang pertama ialah persaingan dengan kedai runcit tempatan. Penduduk-penduduk tempatan di Taman Desa Damai akan membandingkan pasar malam yang hanya pada hari Isnin dan kedai-kedai runcit yang sentiasa membuka kecuali hari cuti. Mereka akan bertanding untuk mendapatkan pelanggan yang lebih banyak. Bagi yang lebih teruk, mereka akan bergaduh dan merosakkan hubungan antara satu sama lain.
  13. Pencemaran udara dan alam sekitar juga akibat yang serius dalam pasar malam ini. Pegunjung yang bukan penduduk tempatan menggunakan kenderaan contohnya, kereta, motosikal, bas dan lain-lain datang ke pasar malam Taman Desa Damai. Asap-asap yang dikeluarkan oleh kenderaan-kenderaan ini boleh mencemarkan udara menjadi kotor. Pengunjung-pengunjung juga membuang sampah di tepi jalan pasar malam yang menyebabkan pencemaran alam sekitar.
  14. Di samping itu, melalui pemerhatian saya, saya mendapati setiap hari Isnin, lalu lintas di Jalan Nangka, iaitu jalan yang mengadakan pasar malam Taman Desa Damai, 14000 Bukit Mertajam akan menjadi sesak dan sukar untuk meletakkan kereta atau mengambil kereta. Pengunjung yang makin banyak mengakibatkan kenderaan yang lebih banyak dan menyebabkan tempat untuk meletakkan kereta akan mengurang. Pengunjung yang tidak mempunyai tempat meletakkan kerata akan letakkan kereta mereka di lalu lintas jalan raya dan menyebabkan kereta lain susah melintas.
  15.  
  16. Akhirnya, terdapat sedikit barangan-barangan yang dijual di pasar malam Taman Desa Damai, 14000 Bukit Mertajam ialah tidak berkualiti. Melalui kaedah saya, iaitu temu bual, barangan yang sudah dibeli di pasar malam akan rosak selepas beberapa minggu sahaja. Ini menjadi masalah yang teruk kerana pengunjung-pengunjung hendak sentiasa membeli barangan itu yang baru.
  17. Kesemua maklumat di atas boleh dibuat secara ringkas di sebelah peta minda.